Santai je updates saya malam ni.
Akhir tahun lepas, berkunjung ke Ikea nak beli almari putih yg besar sedang ni untuk isi stok vitamin Shaklee saya.
Since demands untuk COD semakin banyak, dan sesekali anak-anak Shaklee RichFamily saya datang ambil stok dengan saya, maka memang saya dh mula perlukan ruangan untuk menyimpan stok-stok vitamin.
Saya tak letak bawah katil untuk disorok sebab tak pandai jual atau takde orang beli tau. Hehe.
Alhamdulillah, saya akan pastikan saya ada lebihkurang 5botol vitamin bagi setiap jenis. Kalau dah tinggal sebotol, mula lah panik nak cepat cepat restock.
Sebab saya tahu, pasti akan ada orang call saya tanya "Stok Esp ada tak? Stok Vitamin C ada tak?"
Jadi saya sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan customer saya disekitar Subang Bestari dan Kota Damansara ini. Kerap juga suami saya bawak vitamin ke pejabat beliau setelah mendapat order daripada officemate beliau. Alhamdulillah.
Seterusnya kami berkunjung lagi ke Ikea untuk beli rak / almari kaca pulak. Khas nak isi award yang saya dapat di majlis Shaklee National Conference tahun lepas dan baru-baru ini. Taklupa juga nak letak souveniers yang saya terima dari mak Shaklee dan anak-anak didik saya.
Semua tu perlu disimpan kemas kerana ianya sebuah pengalaman dan ingatan yang wajib saya ingat sampai akhir hayat.
Meh nak tayang sikit. Inilah antara penyejuk mata dan penguat semangat saya meneruskan perjuangan berkongsi segala galanya tentang Shaklee dengan semua orang.
Alhamdulillah..saya sangat happy dengan apa yang saya kerjakan sekarang. Bisnes Shaklee dan empayar RichFamily akan saya jaga sebaik baiknya agar ia menjadi life-time career saya.
Doakan saya berjaya dan kaya. Terima kasih kawan-kawan!