Tarikh : 14 Oktober 2014
Tempat : Dewan Desa Temuan, Damansara Perdana
Pihak Shaklee mensasarkan sebanyak RM1 juta nilai Mealshake akan diberikan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan yang terpilih di seluruh Malaysia. Keluarga yang mempunyai anak berusia 4tahun - 12 tahun akan diutamakan.
Tujuan kami mahu membantu keluarga ini mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk pembesaran anak-anak mereka. Kita sudah maklum, kekurangan nutrisi antara faktor penyebab mengapa kanak-kanak tidak cemerlang dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.
Kekurangan nutrisi akan menyebabkan mereka mudah sakit, cepat berasa letih, cepat marah dan inilah faktor mereka sukar fokus apabila berada di dalam kelas. Jadi adalah sangat penting bagi kami untuk membantu kanak-kanak ini mendapatkan nutrisi yang betul untuk mereka.
Mungkin kalau kita bagi mereka duit, mereka beli jajan. So elok sangat lah kita bagi Mealshake, kan :)
Replika cek yang bakal diserahkan kepada Yayasan MyKasih |
Dan anda pun boleh turut serta menyumbang pada kanak-kanak ini dengan setiap pembelian promosi diatas. Beli 3 canister Mealshake, anda akan dapat 1 extra Mealshake, dan dapat juga menyumbang dan mengumpul saham akhirat anda melalui sedekah yang dijalankan secara tak langsung ini.
Jika kita sayangkan anak-anak kita, kita juga perlu menyayangi kawan-kawan anak kita. Demi sebuah begara dan persekitaran yang sihat dan baik, marilah kita mulakan usaha kearah pembangunan masyarakat ini sejak awal.
Inilah antara nutrisi lengkap yang bakal kanak-kanak ini dapat melalui pemgambilan Mealshake.
Vitamin A : membantu pembesaran tubuh kanak-kanak, mengelakkan jangkitan dan membantu pembentukan mata yang sihatSekarang kita dah faham, mengapa MEALSHAKE adalah pilihan TERBAIK untuk semua kanak-kanak.
Zat Besi : komponen penting dalam penghasilan darah merah. Darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen secukupnya ke seluruh badan termasuklah ke bahagian otak. Dan ini membantu mereka untuk lebh fokus.
Fiber : Penting untuk mengelakkan sembelit akibat kurang pengambilan sayur dan serat. Fiber juga membantu mereka untuk merasa agak kenyang apabila bersarapan dengan Mealshake. Ianya adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak ketika sarapan.
Kalsium : penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kanak-kanak yang kekurangan kalsium akan mengalami pembentukan tulang yang agak terbantut dan gigi mereka juga cepat rosak.
Vitamin E: Ianya penting untuk meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh kanak kanak melawan kuman . Vitamin E juga membantu saluran darah terbuka cukup lebar untuk darah mengalir dengan baik , dan membantu sel-sel tubuh bekerja bersama-sama untuk melakukan fungsi-fungsi penting yang lain
Vitamin C : membantu membentuk dan memperbaiki sel-sel darah merah , tulang dan tisu-tisu . Ia membantu gusi kanak kanak kekal sihat, ia menguatkan pembuluh darah, mengurangkan lebam akibat dari jatuh. Selain itu, vitamin C membantu penyembuhan luka, meningkatkan sistem imun tubuh. Ia membantu tubuh menyerap zat besi daripada sumber makanan
Jom join kami membeli sambil beramal.
Dapatkan tips pengambilan dan cara menarik supaya anak-anak anda dapat menikmati Mealshake secara maksima dari saya sekiranya anda adalah pelanggan baru kami. Saya akan kongsikan pelbagai tips tentang Mealshake agar ianya benar-benar 'a worth buy supplements'