Berguru Dengan Dr Azizan Osman Di IMKK Oktober 2014

Alhamdulillah, dah 2 hari berlalu. Dah 2 hari tamat 'pengajian' kami di majlis ilmu yang memang hebat ini, Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan yang bertempat d MIECC Seri Kembangan.

Pertama kali saya mendengar tentang Dr Azizan Osman adalah ketika saya bekerja di Putrajaya dulu (2007), dan salah seorang officemate saya memang suka datang event yang dianjurkan oleh beliau. Masa tu, saya just don't bother. Terkini saya mula mendengar kembali tentang Dr Azizan dan program-program yang dianjurkan, apabila ramai juga rakan-rakan Shaklee hadir ke majlis ilmu tersebut. Dan alhamdulillah, pada bulan Jun yang lepas, terbuka hati saya untuk membeli sekeping tiket IMKK berharga RM227.
RM227 untuk seminar selama 4hari 3malam, adalah sangat-sangat-sangat worth it!





PERANCANGAN SEBELUM KE IMKK.

Ye, saya mendapat support yang cukup sempurna daripada suami. Beliau juga sangat positif untuk melepaskan saya pergi berguru dan meninggalkan beliau dan anak-anak dirumah selama 4hari 3malam. Bila suami bersemangat, saya pun turut bersemangat dan berjanji akan appreciate kesanggupan suami berkorban demi setitis ilmu yang mahu saya bawa pulang nanti.

Alhamdulillah, sahabat Shaklee saya, Lin Chalo offer untuk tinggal bersama-sama di bilik Mines Wellness Hotel sepanjang seminar itu nanti. Selesai satu perkara, tak perlulah saya berulang alik Shah Alam -Sri Kembangan tu. Dan kami berkongsi bilik dengan 2 lagi sahabat Shaklee yang lain iaitu Chrysalis Nurul & Ainul Malik.

Sibuk juga kami berdiskusi tentang APA NAK MAKAN ketika berada disana. Hehe. Siap bawak rice cooker lagi tau. Bekalan roti, tuna, biskut, sambal sreng dan sambal gereh Wak Nang pun ada. Belajar tu belajar jugak, makan jangan dilupa.

INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.

Ramai juga yang dah berpesan pada kami, datang awal dan beratur didepan pintu. Saya tanya KENAPA?

'Nanti senang nak lari cop tempat depan, kalau duduk kat belakang tak best. Aura lambat sampai'

OOOhhh, begitu. Dan memang setiap sesi, ramai yang berebut-rebut nak beratur didepan. Sebaik sahaja pintu dibuka, hampir semuanya akan berlari penuh semangat menuju ke kerusi dibahagian depan. Dan sampai kerusi, terus panjat kerusi dan tepuk tangan tanda kemenangan.

Mulanya saya agak rimas dengan keadaan ni. Tapi akhirnya mula faham, kenapa pihak krew IMKK tidak terus membuka pintu dari awal pagi, dan praktikkan cara berlumba ini. Of course mahu melatih setiap peserta untuk mempunyai daya juang yang tinggi. Kalau tak lari laju-laju, ketinggalan dan hanya dapat duduk di belakang. Orang di belakang, even dalam kehidupan, akan banyak ketinggalan dan rugi, kan?

Banyak slot-slot membincangkan tentang MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN yang sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan cuma memerlukan kadar konsistensi yang tinggi dan kadar pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH.

Banyak juga pendedahan tentang mengapa sukarnya rezeki mahu mendekati kita. Mengapa bisnes yang kita jalankan asyik dilanda masalah. Mengapa hidup kita tak gembira dan ceria. Mengapa walaupun dah kaya, tapi hati sukar bahagia.

Kebanyakan dari apa yang Dr Azizan berikan adalah lebihkurang sama seperti apa yang saya dah dapat dari mentor-mentor bisnes Shaklee saya, tapi ada banyak perkara unik di dalam majlis ini. Saya dapat lebih penghayatan bagi setiap tips yang saya dahtahu sebelum ini.

Mentor saya kata VISUALISE KEJAYAAN. Dr Azizan ajarkan bagaimana benar-benar menghayati proses visualise.

Mentor saya kata BERDOA DENGAN SPECIFIC. Dr Azizan ajarkan bagaimana menulis dan terus membacakan doa ini dalam keadaan separa sedar.

Mentor saya kata, bangunlah sepertiga malam BERTAHAJUDLAH, Dr Azizan juga mahu kita melatih diri untuk bangun mengerjakan solat malam dengan konsisten setiap hari.

Mentor saya kata BERZIKIRLAH, BERISTIGHFARLAH, BERTAHMIDLAH, Dr Azizan juga sampaikan pesanan yang sama.

Tiada amalan lain, selain beramal soleh dan melakukan perbuatan yang Allah suka untuk meraih perhatiannya. Bila Allah sayang, tentu sekali mudah untuk kita menjemput rezeki.

Apa yang Dr Azizan sering tekankan adalah, jadilah manusia yang sentiasa memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Buat bisnes biarlah memberi manfaat, dan memberi jalan penyelesaian kepada masalah bakal customer. Bukan berniat untuk untung semata-mata, tapi dengan niat mahu membantu orang lain kerana ALLAH.

ORANG POSITIF BERKUMPUL DAN BERJEMAAH

IMKK kali ini seramai lebih kurang 4000 orang sahaja. Jauh dan dekat datang berkumpul dan 4000 orang ini adalah orang yang penuh dengan semangat dan cas-cas positif mahu belajar untuk mengubah keadaan hidup diri dan keluarga. Setiap kali beramah mesra dengan pesertaa ketika sedang beratur, pasti ada cerita yang buat hati ini sangat bahagia mendengar success stories mereka.

Bayangkan seorang gadis berumur 25tahun dah mula set up bisnes kedai buku. Bayangkan seorang graduan yang baru keluar Universiti terus mencari bisnes untuk dilakukan kerana tak mahu terikat dengan komitmen terpaksa kerja dengan orang. Dan bayangkan juga seorang pensyarah yang sudah berpuluh-puluh tahun bekerja dalam bidang profesional tapi tiada kepuasan bekerja juga datang untuk mencari makna dalam kehidupan.

PERHUBUNGAN BAIK DENGAN INSAN JUGA ADALAH MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.

Selain perhubungan baik dengan ALLAH, perhubungan baik dengan manusia juga antara intipati penting ketika kita sedang mencari makna hidup. Berbaik-baik dengan ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak. jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya. Mungkin ada ketika kita membuat mereka marah, maka Allah menyekat rezeki kita selagi kita belum meminta maaf kepada mereka.

Jadi, kalau kita dapati hidup kita ni something wrong somewhere, checklah, muhasabahlah, entah-entah kita ada melukakan hati seseorang.Salah dengan manusia, pastinya perlu meminta maaf dengan manusia juga.

IMKK, SAYA PASTI AKAN DATANG LAGI!!!

Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sudi berkongsi masa dan memori ketika menimba ilmu dan saling bantu membantu sepanjang 4 hari 3 malam ini. Makan bersama-sama, solat bersama-sama, tidur bersama-sama, berkejarberlari cari seat bersama-sama. Menangis dan ketawa bersama.
Alhamdulillah atas ukhuwah ini. Nanti kita akan datang lagi dengan pasangan masing-masing bersama lagi.


intensif magnet kekayaan dan kejayaan dr azizan osman

Sekian, terima kasih


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head