Sambil minum campuran ESP dan susu fresh milk, teringin pula saya menaip tentang topik MEMBERI.
BANYAKKAN MEMBERI DARIPADA MENERIMA KERANA ORANG YANG MEMBERI ADALAH ORANG KAYA.
Bila kita sebut 'AKU ORANG KAYA', tentu sekali akan membuat kita tersenyum, kan? Tapi kadangkala kita akan kembali murung dan masam kerana kita menyedari hakikat kita bukan orang kaya, hidup seadanya dan sangat stuggle untuk menjadi kaya.
Inilah silapnya apabila kita sentiasa mengaitkan perkataan KAYA dengan WANG sedangkan kaya memberi makna yang sangat luas, bukan hanya tertutup pada skop kewangan. Jom kita buka mata kita, kerana sesungguhnya setiap dari kita memang orang yang kaya, especially kita sebagai masyarakat Melayu yang dikenali sebagai masyarakat yang penuh dengan adat dan adab sopan.
JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN SENYUMAN.
Pertolongan kepada orang lain bukan hanya dalam bentuk kewangan. Banyak juga pertolongan dari segi tenaga lebih diperlukan. Bayangkan ketika kita sedang menunggu untuk melintas jalan, tiba-tiba ternampak orang buta yang juga mahu melintas. Sangat terbaiklah kalau kita dapat membuang ego nak melintas cepat-cepat dengan membantu orang buta tadi sama-sama melintas jalan. Satu sen pun tak gunakan duit, kan?
Begitu juga ketika kita sedang bersesak-sesak di dalam public transport. Dan jika kita ternampak golongan ibu mengandung atau ibu yang sedang menggendong anak, apalah salahnya kita yang kuat kudratnya ini memberikan izin laluan untuk mereka duduk di kerusi yang kita duduk. Sesungguhnya ALLAH akan membalas kebaikan yang kita lakukan untuk menolong golongan yang memerlukan seperti ini.
JADI KAYA DENGAN MEMBERIKAN TENAGA POSITIF KEPADA ORANG LAIN.
Mungkin dah ramai yang tahu, tenaga memang boleh dipindahkan dari satu medium kepada medium yang lain. Begitu jugalah tenaga positif dan negatif. Anda boleh buat test, cuba duduk dengan orang-orang yang selalu berfikiran negatif selama 1 atau 2 hari sahaja. Orang yang suka merungut, suka marah-marah, suka memberontak, takperlukan masa yang lama pun, anda juga akan terikut-ikut dengan perangai ini. Kalau tak mahu duduk pun, cubalah add friend dengan orang-orang negatif, dan baca status yang mereka post selama dua hari, saya yakin pemikiran anda akan turut menjadi berserabut macam mereka.
Jadi, jika kita mahu hidup tenang, bahagia, ceria, berhentilah bergaul dengan golongan yang negatif. Pilihlah dengan siapa kita mahu berkawan. Duduklah dalam kelompok orang positif dan kita juga perlu sentiasa mendidik jiwa agar menjadi positif.
TIPS MENDIDIK DIRI BERJIWA POSITIF :
- Perbanyakkan istighfar
- Solat 5 waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat
- Berpuasa sunat
- Berzikir
- Memelihara wudu'
Insya allah semoga dengan mempraktikkan amalan memberi ini, jiwa kita akan lebih tenang, dan kekayaan lebih mudah mendekati kita. Sesungguhnya ALLAH tak pernah tamak dalam memberikan kebahagian kepada hamba-hambanya yang bertaqwa.
Sekian, terima kasih
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S) lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|


Contact me:

