Beli Sambil Beramal Untuk Tabung Back To School 2015 RKKTBC

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Saya dengan rendah hati dan penuh rasa syukur ingin membuat sedikit sebaran tentang aktiviti kebajikan yang sedang kami jalankan bersama semua warga RichFamily.

Program BackToSchool2015 bersama 70 orang anak dari Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras. (RKKTBC)

Misi kami adalah untuk membantu pihak RKKTBC menyediakan keperluan dan persediaan persekolahan anak-anak di sana, supaya anak-anak ini kembali ke sekolah dalam keadaan yang ceria dan gembira, sama seperti anak-anak kita.

Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang diperintah masuk ke Rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.





Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sesi persekolahan 2015 nanti. Dengan ini, Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita.

Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .

Jadi saya menyeru dan mengajak ke semua customer dan bakal customer kami untuk sama-sama Membeli Sambil Beramal. 10% daripada keuntungan runcit dari pembelian anda, akan terus kami masukkan ke tabung ini.

Atau anda semua boleh memilih mana-mana option seperti didalam poster dibawah.



Surat Pengesahan untuk kutipan amal bagi pihak SID RichFamily

Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Norliza Rusman (CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com). Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini 





http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Sebarang pertanyaan tentang program ini, boleh hubungi
Lydzar Rusman 013 3583424
Laman Awatif (Madiha) 012 6087544

Tak tahu nak beli apa untuk join aktiviti amal ini? Jom saya bagi anda idea



Post by Kedai Triple-S.


---------------------------------------------------------
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head