4 Rahsia Anak Bijak, Dapat Skor A Setiap Kali Exam, Best Tak?

'Mama, tengok kertas exam Hannah, dapat skor A lagi mama'
Tentu sekali hati mama berbunga riang bila anak bagi laporan pelajarannya yang cemerlang.

'Bijaknya anak mama.. dapat skor A lagi ye. Alhamdulillah..syukur. Mama doakan Hannah berjaya dalam pelajaran dan hidup di masa depan nanti Insya Allah'

Mama peluk erat erat anak yang baru pulang dari sekolah tadi.

Rahsia Anak Skor A Dalam Exam

Mungkin ada yang tak setuju dengan sistem pendidikan masakini yang terlalu 'exam-oriented', bergantung kepada peperiksaan untuk menentukan kecemerlangan seseorang. dan pelbagai lagi persepsi.

Namun begitu, saya lebih suka follow the flow. Diketika sistem pendidikan memerlukan anak-anak saya untuk skor A, maka saya akan berusaha memastikan mereka skor A juga. Dalam masa yang sama, sentiasa cuba menerapkan pelbagai lagi nilai hidup dalam diri mereka.

Saya nak kongsikan beberapa rahsia saya sebagai seorang ibu dalam mendidik anak saya yang baru memulakan persekolahan darjah 1 tahun ini. Masih panjang lagi proses pembelajaran beliau dan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan beliau sentiasa excellent dalam exam dan hidupnya..

Mempunyai anak yang bijak memang impian semua ibu bapa, bukan? Persoalannya adakah bijak ini adalah takdir, atau sesuatu yang perlu diusahakan. Bagi saya, tentulah kebijakan ini perlu diajar dan diasuh kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi, malah memang ada amalan untuk ibu mengandung jika mahu melahirkan anak yang bijak.

Jom baca 4 rahsia anak bijak yang saya amalkan selama ini.

Doa Nabi Sulaiman

DOA MUSTAJAB IBU BAPA

Saya memang sangat percaya akan kuasa DOA terutama sekali doa ibu bapa terhadap anak mereka.
Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut termasuklah doa ibu bapa.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ibu bapa boleh memohon apa sahaja hajat berkaitan dengan anak-anak mereka kepada ALLAH. Doa ibu bapa tiada hijab kerana redha ALLAH kepada anak-anak bergantung kepada redha kedua ibubapanya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa redha dan mendoakan yang baik baik untuk anak mereka.

Doa diatas diperturunkan sendiri oleh abah saya untuk diamalkan sejak saya kecil dahulu.


MENJAGA EMOSI ANAK SUPAYA SENTIASA POSITIF DAN BERSEMANGAT


Kanak-kanak juga tidak lari dari rasa stress. Mungkin kita menganggap mereka sangat happy dan kelihatan aktif bermain, tetapi itu bukan petanda mereka tidak tertekan. Antara perkara yang kerap membuat anak stress ialah, rasa cemburu melihat layanan ibubapa kepada adik beradiknya yang lain, suka membandingkan kelemahan diri dengan rakan-rakan, kesukaran menyelesaikan kerja sekolah, tidak dapat apa yang mereka minta daripada ibu bapa (contohnya toys), terpaksa beradaptasi dengan pelbagai perubahan seperti berpindah sekolah dan tak kurang juga, tiada minat dengan beberapa subjek tertentu di sekolah.

Jadi untuk memastikan anak saya stress-free, saya akan sentiasa meluangkan masa bersama beliau dan saling bertukar cerita tentang aktiviti harian. Sebagaimana orang dewasa, kanak kanak juga memerlukan pendengar setia untuk mereka melepaskan perasaan sekaligus memastikan emosi mereka sentiasa terjaga.

Cubalah sentiasa meluangkan masa dan mendengar apa yang ingin anak-anak cerita dan sampaikan kepada kita. Percayalah anak akan mudah kecil hati dan merajuk apabila ibu bapanya terlalu sibuk dengan hal sendiri.


DISIPLIN DENGAN RUTIN BELAJAR HARIAN



Sebenarnya jarang juga beliau berkesempatan mengulangkaji pelajaran, sebab setiap malam anak saya akan fokus untuk membuat kerja rumah (homework). Jadi melalui kerja rumah yang cikgu bagi itu lah yang kami jadikan sumber ulangkaji. Dan papa nya pula fokus mengajar mata pelajaran Matematik. Yang pasti, beliau hanya boleh tidur setelah semua kerja sekolah disiapkan


MENJAGA PEMAKANAN SUPAYA ANAK SENTIASA SIHAT


Faktor pemakanan juga sangat penting, kerana dari pemakanan ini lah yang akan menentukan taraf kesihatan anak-anak kita. Pastikan mereka mendapat khasiat lengkap daripada makanan. Jika saya tak dapat pastikan beliau dapat keseluruhan zat melalui makanan haria, saya akan berikannya makanan tambahan seperti multvitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk menampung keperluan gizi hariannya. Dan saya memilih Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak ini sebagai makanan tambahan harian anak anak saya.

Saya memang sangat kagum dengan manfaat minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard. Selain membantu anak-anak recover batuk dengan cepat, ia sangat membantu anak-anak saya fokus pada perkara yang mereka lakukan. Bak kata satu iklan susu tu, sel otak sedang berhubung sebab kandungan DHA dan EPA yang tinggi. Jika cikgu anak anda pernah komplen anak anda sukar nak fokus dalam kelas mungkin anda perlu berikan mereka Omega Guard juga. Percayalah, kesannya memang menakjubkan.

-------------------------------------------------------------------------

Ok itu lah dia 4 Rahsia Anak Bijak yang saya sedang apply dalam keluarga saya. Masih terlalu banyak ilmu yang saya perlu belajar dalam menjadi seorang ibu hebat yang sedang membesarkan anak-anak bijak dan pintar. Dan saya memang akan terus berusaha agar anak anak saya dapat terus SKOR A dalam exam, dalam pelajaran dan dalam kehidupan mereka, insya allah.

Insya allah, saya akan share kan lagi tips-tips anak bijak dan pintar di masa depan. Saya sangat recommend anda berikan juga Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak, lagi lagi sekarang Shaklee tengah buat promosi untuk Omega Guard. Anda sebagai ibu dan bapa pasti impress dengan perbezaan anak anda sekarang berbanding dahulu. Ingat, memang tugas ibu bapa untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kan?





Sekian, terima kasih

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.




Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424