• Pengedar By Negeri
  • Tanda Tubuh Banyak Toksin, Ini Cadangan Penyelesaiannya

    Pernah tak rasa keadaan macam ni, kalau pernah, inilah tanda tubuh banyak toksin.  Jom tengok senarai sekejap;

    • Selalu pening kepala
    • Sembelit
    • Badan cepat letih tanpa sebab
    • Masalah jerawat
    • Berat badan naik tiba-tiba
    • Rasa penat dan susah nak bangun tidur
    • Sistem imun rendah

    SANGGUP KE BIARKAN TOKSIN BERMAHARAJALELA?

    AWAS! Kalau ada, mungkin ada sedang dikuasai oleh toksin-toksin jahat yang sedang bermaharajalela. Kita tak nampak ia sebagai sakit yang kritikal. 

    Malah kita tak rasa kita perlu pergi hospital untuk dapatkan ubat, tapi tanda tubuh banyak toksin ini pastinya akan mengganggu urusan harian. 

    Bila kerap sakit kepalan dan badan cepat letih, balik dari kerja terus rasa nak tidur dan rehat. Tak peduli dah apa nak jadi dalam rumah. Tak sempat nak layan anak-anak bermain dan bersembang, nak layan pasangan apatah lagi, langsung tak ada mood. Kesian..kesian..

    Kalau masalah berat badan tiba-tiba naik, lagi lah menggelabah kan? Dulu 53kg, tiba tiba naik 60kg. Jangan tipu saya kalau anda tak panik. Mesti terfikir, bila masa pulak aku banyak makan. Cubaan berdiet pun tak mampu bantu, buat badan jadi makin letih saja.

    Paling menakutkan, ada laporan mengatakan toksin berlebihan dalam badan boleh jadi punca terjadinya kanser! Seram seram bunyi dia.. kan?


    Menurut satu artikel dari myMetro, masalah tubuh banyak toksin boleh  diselesaikan melalui proses detoksifikasi. Detoksifikasi semulajadi biasanya dilakukan ketika proses buang air kecil dan buang air besar.

    Ini kerana sistem perkumuhan inilah yang paling banyak terlibat dalam proses nyahtoksin semulajadi. Dan kebanyakan masalah toksin terkumpul adalah berpunca dari gaya pemakanan harian kita. Bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak juga antara punca kemasukan toksin dalam badan

    Tapi jika tubuh kita ada terlalu banyak toksin, proses ini mungkin tidak begitu efektif dan memerlukan cara lain untuk benar-benar beri kesan.

    CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH TUBUH BANYAK TOKSIN

    Jus detox dari buah-buahan (infused water)


    Memang jadi trending jugalah infused water ni sampai saya pun tak ketinggalan beria-ia mencari lemon semata-mata nak buat infused water. 

    Dikatakan gabungan lemon, limau nipis dan timun mampu membantu untuk turunkan berat badan dan melakukan detox pada usus. 

    Ada banyak lagi resepi infused water lain yang sangat menarik. Dan saya berpendapat, sebenarnya infused water membantu kita minum air secukupnya. Maklumlah, kalau air biasa agak bosan rasanya. Dengan adanya bau dari lemon, air ini jadi lebih menyelerakan. 

    Sedar tak sedar, kita boleh habiskan 2 liter air dengan konsisten setiap hari. 

    Kawal Menu Harian (Spring Cleaning Menu)

    Oleh kerana hampir kesemua toksin yang ada dalam tubuh disebabkan makanan, maka kawalan pemakanan adalah antara langkah terbagus untuk lakukan detox.

    Pilih makanan yang sihat sahaja untuk masuk keperut anda. Ya, kena perhatikan satu persatu apa yang anda perlu makan. 

    Pilihan makanan seperti oat sangat bagus kerana ia merupakan serat yang bakal membantu proses pembersihan usus. Yogurt yang mengandungi banyak bakteria baik juga patut dimasukkan ke dalam diet harian.

    Pilih juga cara masak makanan. Elakkan menggoreng. Kerapkan merebus atau membakar sahaja.

    Kesimpulan daripada spring cleaning method ini - jaga pemakanan saja.


    Ambil lebih serat (fiber)

    Pengambilan banyak serat memang sangat membantu sistem pensernaan dan perkumuhan manusia. Bantu melembutkan najis dan bantu elak sembelit, ia juga membantu perut rasa kenyang lebih lama.

    Serat tidak akan diserap ke dalam usus, ia berfungsi seperti 'sponge' yang akan menyerap toksin dan bahan buangan lain, dan ia dikeluarkan sekali melalui pembuangan najis. 

    Saya pernah cuba 'pshyllium husk' dan memang ia sangat memudahkan urusan di tandas keesokan paginya. 

    Dan saya juga sebenarnya sangat suka dengan Herblax, yang turut membantu urusan pembersihan saya berjalan dengan sangat lancar. Herblax adakah gabungan 9 bahan herba semulajadi yang membantu 'mengikis' toksin dan bahan buangan dari dinding usus kita.

    Kalau anda rajin, boleh la google info lanjut tentang herba-herba ini ; 
    • Senna leaf
    • Bukthorn bark
    • Licorice root
    • Alfalfa leaf
    • Fennel seed
    • Anise seed
    • Rhubard root
    • Blue malva
    • Culvers root.
    Herblax untuk detox
    Daun Senna
    CARA MANA LEBIH BERKESAN?

    Bagi saya kalau nak berkesan kadar 100%, lakukan ketiga-tiganya :)

    Tapi yang paling mudah nak lakukan, tentulah dengan hanya menelan 3biji Herblax mengikut jadual yang sudah dinasihatkan. Dan juga jangan lupa ambil lebih 2liter air setiap hari.

    Proses buang toksin memang memerlukan air yang banyak, supaya aliran darah dapat berjalan dengan lancar, sekaligus menjadikan proses buang toksin lancar sahaja.

    Saya pun tengah cuba konsisten dengan setiap tips dekat atas tu. Nak kawal pemakanan yang paling mencabar. Hihi. Doakan saya berjaya, tubuh bersih wajah ceria ibadat sempurna Insya allah


    Jadi Ahli Shaklee

    Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

    Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424