10 Tanda Tanda Hamil Dikenalpasti Tanpa Perlu Gunakan UPT Kit.

Menarik sangat perbincangan para ibu dalam group KELAB IBU HAMIL BERPANTANG DAN MENYUSU di FB minggu lepas. Ada seorang ibu melontarkan soalan ini; 
Hai mummy..jom share tanda2 awl mummy smua hamil..sy klu mgndung lidah msti pahit..jom share mummy2 sporting..mst ade yg bru ank first..
Saya akui, melalui pengalaman hamil 3 orang anak sebelum ini. tubuh wanita akan memberi signal tertentu menunjukkan berlakunya perubahan diawal peringkat kehamilan.

Cuma, kemungkinan seseorang wanita mengambil perhatian atau tidak pada keadaan tubuhnya. Ramai juga yang perasan tapi ignore dek kesibukan menguruskan kerja sehingga tidak sempat untuk mengenalpasti mengapa tubuh mereka begitu.


Orang putih kata 'body sign', iaitu petanda yang dirasai oleh tubuh individu. Ia mungkin sama, ia juga mungkin berbeza bergantung pada tubuh masing-masing.

Antara tanda kehamilan yang boleh dirasai oleh tubuh ibu diperingkat awal kehamilan yang dikongsikan oleh mereka adalah seperti berikut;

1. Badan tiba tiba lesu dan letih walau hakikatnya tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu berat. Duduk rumah 1 hari update 1 entry je pun dah rasa penat macam angkat almari kayu

2. Perut terasa buncit lebih dari biasa walaupun biasanya memang buncit juga. Maklumlah perut yang dah pernah kembang kuncup kembang kuncup lagi tapi takde peluang pegi buat sesi "wrap" buang lemak di slimming centre.

3. Bau perfume yang dulu wangi kini rasa tak selesa nak disembur sembur lagi.

4. Pening lalat. Mungkin sebab perubahan hormon, peredaran darah jadi slow/laju.

5. Keputihan luarbiasa. Mungkin ada yang alaminya..ada juga yang terselamat. 

6. Tempoh haid lambat dari sepatutnya (period delay). Cuma mungkin ada certain bakal ibu yang mengalami sedikit spotting yang dianggap period padahal ia adalah lebihan dinding rahim yang gugur ketika ovum menempel di dinding rahim. 

7. Tak boleh bau dapur, bau masakan apatah lagi memasak. Tekak kembang dan rasa loya bila berada di dapur

8. Air liur terasa pahit dan payau. Mula sukakan benda-benda manis atau masam untuk hilangkan rasa tak sedap mulut

9. Demam, batuk dan selesema teruk, walhal sebelum ini dah bertahun-tahun tak demam. 

10. Kerap sakit kepala dan mengantuk.

Ini adalah antara 10 tanda daripada perkongsian para ibu yang ada di dalam group FB tersebut. Sebenarnya ada macam macam lagi tanda. Perkara-perkara yang luar dari normal dan kebiasaan mereka.

Semua ini berlaku akibat perubahan hormon dan permulaan kepada pembesaran rahim wanita.


Kalau ada rakan wanita anda tiba tiba mengadu mengalami perkara-perkara di atas, segeralah suruh mereka beli UPT kit dan buat ujian kehamilan.

Mungkin sindrom mengandung sedang berjangkit-jangkit di dalam circle atau pejabat anda :)