Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Hamil Tanpa Ubat

Batuk ketika hamil, saya alami sendiri ketika kehamilan ketiga dan kini kehamilan kali keempat.
Kalau sebelum ini saya tidak pasti kenapa saya akan batuk teruk, tapi kini saya sudah maklum akan puncanya.

Selepas 2 minggu saya mengetahui keputusan positif pada UPT kit saya, terus saya diserang batuk-batuk.  Dan kebetulan beberapa orang rakan saya yang juga ibu hamil turut mengalami masalah ini.

Kesian tau kalau dapat batuk masa mengandung ni. Batuk tak kira siang atau malam dan ia menjadi lebih teruk ketika saya sedang tidur. Tidur sangat terganggu, sakit di dada dan saya boleh terfikir mahu pakai pad walaupun tidak 'period' sebab kadangkala batuk batuk berkali kali ni menyebabkan kami terkencing!

Tips pulihkan batuk ketika mengandung
Batuk ketika mengandung memang seksa!

MENGAPA MUDAH DISERANG BATUK ATAU SELSEMA KETIKA MENGANDUNG?

Secara amnya, ibu hamil mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Sistem imun mereka menjadi lemah akibat perubahan hormon ketika mengandung. Ia secara saintifiknya terjadi bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahim.

Menurut Doktor yang saya kunjungi, malah Doktor Zubaidi juga berpendapat, ibu hamil tiada cara untuk melindungi tubuh dari serangan virus batuk dan selsema kecuali dengan satu cara iaitu meningkatkan sistem imun tubuh.

Doktor di Klinik Soraya memang tidak memberikan saya sebarang ubat ketika lawatan terbaru saya minggu lepas. Kata beliau, awak cubalah petua petua tradisi dulu.

Petua tradisional yang saya cuba amalkan ketika kehamilan ketiga dulu setelah bertanya rakan rakan blog, mereka cadangkan petua perahan limau kasturi dicampur sesudu kicap.  Alhamdulillah, masam masin rasanya, berkesan juga untuk saya ketika itu.

Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Ibu Hamil

Apa pula yang saya lakukan kali ini? Teruskan membaca ye!

Saya memang menolak ubat secara total dan lebih sukakan cara alternatif, sama ada cara tradisi dan semestinya jika boleh diusahakan dengan produk Shaklee, dengan segera saya buat tanpa nanti.

Cara Tradisional.

1. Amalkan madu.
Kebetulan di rumah memang ada sebotol madu kepunyaan suami. Madu yang beliau beli beberapa bulan yang lalu adalah madu yang telah dicampurkan dengan biji biji Habbatussauda. 

Saya ambil 1sudu waktu pagi, tengahari dan malam.

khasiat madu untuk batuk

2. Amalkan serbuk kayu manis.
Petua ini saya dapat dari sebuah buku bertajuk Perubatan Cara Nabi. Saya pernah lakukannya untuk anak-anak ketika mereka batuk.

Hanya hujung sudu kecil dicampurkan dengan sesudu madu dan diminum setiap pagi dan malam.

3. Teh kayu manis.
Kadang-kadang saya hanya rendamkan sebatang kayu manis ke dalam air panas, tunggu ia menjadi suam dan saya amalkan seperti minum Cinch Tea. Rasanya tanpa gula agak payau, tapi sebab nak segera sihat, minum sahajalah.

teh kayu manis sebagai penawar batuk
Kalau nak sedap, boleh tambah madu

Cara Shaklee

Sebenarnya, ini adalah cara yang saya paling suka sekali. Sebab memang hampir semua produk Shaklee ada dalam kabinet dapur saya.

1. Vitamin C Plus
Memandangkan sistem imun tubuh ibu hamil agak rendah dan lemah, pengambilan Vitamin C sangat digalakkan untuk tujuan meningkatkan sistem imun. 

Nak makan limau Sunkist atau limau mandarin banyak-banyak, sakit tekak pula. Jadi cara termudah adalah dengan mengambil diantara 2 hingga 4biji Vitamin C setiap hari.

2. Garlic Complex
Jika anda seorang ibu, tentu sekali pernah mendengar tentang petua 'garlic oil' dari rakan-rakan ibu moden yang lain, kan?

Saya pula ambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Memang menakjubkan (tentu sekali dengan izin Allah), saya ambil dalam tempoh masa 3hari dan batuk-batuk saya berkurang dengan drastik sekali.

3. Omega Guard
Saya ambil Omega Guard secara berselang seli sahaja sejak mengandung kali ini. Tapi dek kerana batuk, saya kembali ambil 3 Omega Guard setiap hari. 

Antara manfaat dari minyak ikan terbaik ini adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kahak.

Jadi, ini lah antara remedy dan 'ubat-ubat' tanpa steroid yang saya amalkan sejak minggu lepas.
Jangan lupa tingkatkan pengambilan air masak juga ketika sedang diserang batuk atau selsema.

Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur lena tanpa mengganggu suami dan anak-anak dengan bunyi batuk keras saya di tengah malam lagi.

Pesan saya kepada ibu hamil yang lain, anda tak perlu runsing lagi memikirkan kenapa dah makan ubat batuk berbotol-botol dari klinik tapi tak baik-baik. Kerana Doktor pun memang dah kata macam tu. 

Jadi beralihlah kepada sesuatu yang lebih semulajadi. Dan jika anda ada rakan-rakan atau saudara yang sedang hamil dan juga sedang menderita disebabkan batuk, cepat-cepat bantu mereka selesaikan masalah dengan berkongsi tentang entry saya ini.

Kesian sangat tau, jika berat mata anda memandang, berat lagi yang ditanggung oleh ibu hamil itu.
Nak cepat baik, amalkan sahaja produk Shaklee seperti yang saya amalkan. Perjalanan kehamilan sepatutnya menjadi detik detik gembira bukan detik sengsara kan?

INILAH SHAKLEE EFFECT SAYA!

By the way, saya nak kongsi video ibu hamil juga. Beliau tiada masalah dengan batuk, tapi masalah beliau merunsingkan fikiran Doktor juga.

Masalah HB berjaya diatasi dengan baik melalui Set Kehamilan Shaklee.


Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


2 comments:

  1. Bukan ke preggy x blh amek garlic? N omega pulak kan trimester 3 baru blh amek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah ambil garlic dan omega masa hamil.

      Delete