• Pengedar By Negeri
  • Kelas Bangkit Anjuran Tim PKB : Mission Accomplished!

    Alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah, dalam masa 2 bulan ini, kami diizinkan olehNya untuk menjayakan plan crosscoaching kami.

    Niat untuk bercross-coaching memang dah lama saya impikan, sehinggalah akhirnya saya ditemukan dan dirapatkan dengan rakan-rakan seperjuangan ini.

    Mereka adalah Lin Chalo, Ainul Malik, Chrysalis Nurul dan Nurru Adilla. Itu semua nama Facebook mereka. :)


    Kami semakin rapat ketika program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran pihak RichWorks dimana ini adalah program terglamour di Malaysia kelolaan Dr Azizan Osman, Mentor Kejayaan Bisnes.

    Alhamdulillah, perbincangan demi perbincangan kami lakukan berlima dalam group Whatsapp sehinggalah kelas Bangkit1.0 yang pertama berjaya di adakan di MiRC Bangi pada bulan Februari yang lepas.

    Dan disusuli kelas Bangkit2.0 di MyFawa Training Centre Shah Alam, pada hari Sabtu lepas.

    MATLAMAT PROGRAM BANGKIT

    Tujuan utama kami tak lain tak bukan, kami ingin membantu anak-anak bisnes & rakan SID dalam group kami semua supaya faham akan tujuan mereka membuat bisnes Shaklee. Kami juga cuba mencungkil kekuatan dan potensi diri mereka agar ianya boleh digunakan secara maksima untuk meraih kejayaan.

    Peserta sedang khusyuk mendengar topik ' Dengan Kuasa Cinta'
    Pengisian kami bukanlah tentang urusan bisnes semata-mata, tapi kami menekankan betapa pentingnya mereka faham dan cinta apa yang mereka sedang lakukan sekarang. Faham dan cinta supaya mereka boleh berikan full energy dan effort untuk mendaki gunung kejayaan dalam bisnes Shaklee.

    Prinsip orang berjaya, mereka akan melakukan sesuatu perkara sehingga habis.
    Maka matlamat kami, supaya mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan dan habiskan perjuangan mereka sehingga dapat mencapai rank Master Coordinator dalam bisnes Shaklee.

    PENGISIAN PROGRAM BANGKIT By #PKB

    Mungkin boleh dikategorikan sebagai program motivasi diri.
    Walaupun motivasi sepatutnya datang dan lahir dalam diri individu, orang kata golongan ini lah yang akan sentiasa bersemangat dalam mengejar impian mereka.

    Namun kami tidak mahu mereka yang ada keinginan untuk berjaya ketinggalan kerana mungkin mereka memerlukan suntikan semangat dari orang lain. Manusia tidak akan semuanya sama. Jadi dari sinilah datangnya inisiatif kami berlima.

    Dalam program Bangkit, kami akan cuba sedarkan kepentingan prinsip ' Do What You Love, Money Will Follow'. Jika tidak berdasarkan prinsip tadi, gunakan pula prinsip 'Love What You Do..'

    Diikuti beberapa pengisian tentang kepentingan pengurusan masa, berbakti dan bersedekah dalam bisnes, bagaimana mahu membuat duit sukakan diri kita dan antara perkaran yang sangat memberi kesan pada para peserta adalah slot 'BIG WHY'.

    Ada selitan games juga supaya kelas menjadi lebih ceria.

    video

    MOTIVASI AKAN BASI

    Ini memang hakikat. Jika kita hadir mana-mana kelas motivasi tanpa dikelilingi oleh rakan-rakan yang sama-sama positif, momentum akan segera perlahan dan motivasi akan segera basi.

    Jadi kami turut menyediakan sebuah platform sebagai support group agar peserta dapat saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Insya allah, besar harapan kami agar peserta Bangkit1.0 dan Bangkit2,0 akan segera reflect semula pada ilmu-ilmu yang kami kongsikan setiap kali mereka rasa hilang semangat.

    BANGKIT MEMBANGKITKAN!!

    Kami berkesempatan meminta setiap peserta memberikan review tentang program Bangkit ini.
    Alhamdulillah, semuanya memberikan feedback positif dimana telah muncul semangat membara bara dalam diri mereka mahu meneruskan bisnes dengan lebih cemerlang untuk tahun baru Shaklee.

    Ada yang menangis gembira kerana akhirnya mereka bertemu erti 'KENAPA'.

    Insya allah kami sedang merancang untuk meneruskan program ini secara berkala. Mungkin akan buat tour pula di beberapa lokasi. Semoga Allah izinkan perancangan ini berjaya





    Erti hidup pada memberi. Kami gembira bila anda mendapat manfaat dari kami.

    Teringin nak hadir majlis ilmu ini? Pastikan anda mendaftar keahlian dengan mana mana mentor di dalam gambar ini :)

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
    Facebook
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


    >