7 Tips Latih Anak Berpuasa Sampai Azan Maghrib

Hari ni Nisfu Syaaban.

Bermakna hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita sebagai umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan. Di samping pulun menggantikan puasa, tentu sekali ibu-ibu yang mempunyai anak juga excited mahu mengajak anak masing-masing berpuasa.

Teringat ketika umur anak sulung saya 4tahun, Hannah Marissa sama-sama teruja nak bangun sahur dan berpuasa bersama. Saya sambut baik keinginannya. Walaupun tersengguk-sengguk mengantuk ketika bersahur, Hannah berjaya berpuasa penuh sehingga azan Maghrib berkumandang selama lebih kurang 15hari. Not bad kan?

Ada banyak kelebihan jika ibu bapa mula melatih anak mereka berpuasa dari awal. Ianya mungkin agak mencabar, namun percayalah, di ketika anak-anak kita umpama rebung ini lah, jiwa mereka lebih mudah di lentur dan dibentuk.

Jadi saya nak kongsikan 7 tips latih anak berpuasa dalam entry ini.



Jom saya kongsikan satu persatu tips tersebut.

1. Mulakan Awal
Seperti yang saya nyatakan tadi, anak anak kecil lebih mudah dilentur dan di didik. Jiwa mereka yang masih bersih lebih mudah menerima tunjuk ajar.

Ibu dan ayah boleh mula bercerita kepada mereka tentang kelebihan Ramadhan dan tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Anda juga boleh mula membawa mereka ke masjid untuk menunaikan solat terawikh bagi memberikan mereka lebih 'feel' Ramadhan.

2. Belajar Perlahan-lahan
Bak kata orang putih, start small.
Terangkan kepada anak anak kecil ini mereka boleh mula berpuasa dari waktu sahur sehinggalah azan solat terdekat iaitu solat Zohor.
Jika mampu bertahan, boleh dilanjutkan sehingga ke waktu solat Asar. Seterusnya ajar mereka untuk bersabar sehingga masuk waktu Maghrib pula.

3. Beri Reward
Anak-anak pasti sukakan hadiah jika mereka mampu melakukan sesuatu dengan baik. Begitu juga dengan berpuasa. Berikan mereka semangat dengan memberikan hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Contohnya stiker yang cantik.

Namun perlu berpada-pada juga supaya mereka tidak berpuasa hanya kerana mahukan hadiah ye.

4. Berjemaah
Lakukan pelbagai perkara secara berjemaah dengan mereka. Bersahur bersama. Berbuka puasa di masjid dan bersolat Jemaah Maghrib serta terawikh tentu sekali membuatkan mereka teruja dan semakin bersemangat.

5. Alihkan Perhatian
Anak anak berpuasa tentu sekali terganggu apabila melihat rakan atau adik beradik mereka makan ketika mereka sedang menahan lapar. Memang mencabar!

Alihkan perhatian mereka kepada permainan atau aktiviti lain yang lebih berfaedah dan lakukannya bersama mereka. Opss! Pastikan aktiviti tersebut tidak terlalu memenatkan mereka.

6. Ajar Secara Berperingkat.
Anak anak perlu diajar secara berperingkat agar mereka tidak terkejut.
Mulakan dengan pelajaran bersahur di waktu pagi, dan lambatkan waktu makan. Selain itu, sebagai contoh biasakan anak yang lebih kecil (4-5tahun) untuk berpuasa separuh hari dahulu sehinggalah dapat berpuasa penuh menjelang umurnya 6-7tahun.

7. Pilihan Makanan Berkhasiat
Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran agar mereka dapat rasa kenyang lebih lama. Boleh juga berikan mereka makanan berindeks glisemik rendah untuk memastikan kadar gula dalam darah mereka stabil.

Mungkin ibu boleh berikan mereka Mealshake yang memang dikenali sebagai susu rendah glisemik ketika bersahur.

Ibu juga mungkin boleh bertanyakan anak apa yang mereka mahu makan untuk berbuka dan bersahur. Hanya pastikan ianya bukan JAJAN ye!

Alhamdulillah, setakat ini memang Hannah telah pun di didik dengan menggunakan 7 tips diatas. Dan pada ketika umurnya 6 dan 7 tahun sudah mampu berpuasa sehingga azan maghrib walaupun banyak godaan dari adik-adiknya.

Alhamdulillah, betul lah kata pepatah, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya..

Jika ibu ayah dapati artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE kan ye.  Semoga bermanfaat!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424