• Pengedar By Negeri
  • Program iReach SuperStars Award

    Assalamualaikum dan selamat bersua kembali.

    Insya allah hari ni saya nak update sikit tentang program yang baru sahaja berlangsung pada hari Sabtu minggu lepas.



    iReach SuperStars Award adalah ala-ala Star Achiever Award kelolaan Shaklee, cuma ia didalam skala yang lebih kecil iaitu hanya untuk group naungan Master upline saya iaitu Master Lyna Noh dan Master Zainul.

    Kami para Business Leaders dari iReach telah membentuk satu jawatankuasa khas yang dipanggil Muzakarah iReach telah merancang untuk mengadakan majlis 'recognition' ini pada bulan Feb, iaitu bulan terakhir bagi cycle Shaklee tahun 2014/2015. Program ini kami adakan bagi meletupkan dan membakar semangat kesemua anak buah bisnes kami untuk memasuki cycle baru.

    Sama juga macam kita semua masuk tahun baru, ada banyak azam baru atau azam lama yang diperbaharui dan kita nak capai, kan? Begitu juga dengan kami. Nak masuk azam baru ni, memang perlu masuk dengan semangat yang membuak-buak agar kejayaan demi kejayaan dapat kami raih pada tahun baru ini.

    iReach SuperStars Award.

    Kami telah sepakat untuk mengadakan 3 kategori utama sebagai 'KPI' semua warga iReach. Mereka perlu memenuhi syarat kelayakan award untuk sales bulan Februari.

    Tarikh 5 Mac telah dipilih sebagai hari gilang gemilang majlis ini. Dan kami para AJK telah bertungkus lumus mem-brainstorm dan berusaha agar majlis ini berjalan lancar. Hanya dalam masa 3 hari, segaa urusan berkaitan dapat kami uruskan dengan baik. Alhamdulillah.

    Dan seramai 9 orang telah terpilih untuk menjadi SuperStars pada hari tersebut. Mereka menerima trofi dan bunga sebagai tanpa penghargaan dan kenangan kecemerlangan mereka.

    TAHNIAH !


    Mereka adalah wanita wanita yang sangat hebat. Ada yang mampu menjual produk premium Shaklee iaitu Vivix sebanyak 20botol! 1 botol Vivix berharga RM475. Dan ramai yang kata, Vivix agak mahal.

    Kejayaan menjual 20 botol Vivix dalam masa 1 bulan ini sangat menginspirasikan ramai orang. Apalah agaknya rahsia mereka, kan? Kalau nak tahu, jomlah join saya dalam group RichFamily yang menjadi salah satu group dibawah naungan iReach.

    Alhamdulillah, majlis telah pun selesai, dan semoga semua ahli group iReach terus berjuang demi cita cita masing masing dalam bisnes dan hidup ini.

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424