Kalau anda perasan, dalam album K3S-Variety Drinks.. ada beberapa resepi ESP + Yogurt Drink yang saya amalkan. Antara brand yang paling senang didapati adalah Nestle Blis dan Marigold.
Tahu tak kenapa saya suka 'shake' kan ESP dengan minuman Yogurt berbanding resepi lain?
Jom saya kongsikan fakta Yogurt yang saya petik dari artikel Berita Harian Online:
TAHUKAH anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.
Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.
Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.
Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.
Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.
Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari. Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain.
Atas faktor-faktor yg saya highlight (bold) tu lah, saya memilih untuk sentiasa berESP + Yogurt.
Terutama sekali bab yogurt dapat meningkatkan serapan protein dan kalsium untuk manfaat kepada tulang. Juga atas manfaat rasa kenyang yg lebih lama, sesuai untuk saya yg mula menitikberatkan penjagaan berat badan saya. Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh memakai seluar slack lama yg dibeli pada tahun 2006 dulu.
Untuk anda yg sedang berdiet dan sedang mengamalkan minuman berprotein, saya suka cadangkan anda amalkan resepi ESP bersama yogurt. Gabungan 2 produk hebat, ESP dan yogurt pastinya akan membantu anda mencapai berat idaman. Untuk brand yogurt, terpulang pada anda nk pilih yang mana. Untuk minuman berprotien, pastinya saya akan STICK pada Energising Soy Protein. Pasti anda juga begitu kan?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Email : lydzar@gmail.com
Phone : +6012-3103787
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman
Fan Page : Kedai TripleS FanPage