Selasa malam baru berkesempatan ke klinik, itu pun sebab terpaksa tunggu suami bawakan. Nak pergi sendiri memang tak larat. Doktor diagnos saya sebagai demam biasa, dan tonsil membengkak. Badan dan sendi rasa sakit tu normal katanya sebab demam.
Apa itu DEMAM?
Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.kredit info : blog Dr Shahriah Ismail
Ye, ia memang berkait rapat dengan sistem imun tubuh kita.
Jadi, dikala saya perlukan tenaga untuk membuat kerja-kerja rumah, terpaksa jugalah saya makan ubat yang Doktor bagi. Paracetamol hanya memberikan kesan sementara sahaja, dan demam masih boleh kembali jika punca sebenar demam tidak ditangani. Dalam masa sejam dua, saya mampulah nak sidai kain dan masak bubur untuk saya dan anak yang tidak sihat.
Jadi saya kerapkan dose Nutriferon saya kepada 2 sachet sehari. Nutriferon berfungsi untuk 'boost' antibodi saya dan melawan serangan virus didalam tubuh. Saya teruskan juga pengambilan antibiotik semulajadi iaitu Garlic Complex.
Hari pertama hingga hari ketiga demam, saya begitu lemah. Masuk hari keempat, baru saya teringat yang ESP mampu memberikan saya tenaga segera. Jadi dengan segera saya bancuh dan minum. Dapatlah saya menaip sedikit untuk update blog ni. )
Owh ye, Performance drink juga saya tak tinggalkan. Kerana saya perlu minum banyak air, dan bila saya minum air masak, tekak saya akan jadi loya dan sebabkan saya muntah semula. Jadi bancuhan Performance drinklah yang membantu saya kekal terhidrat.
Lagi satu regim sihat saya adalah Chewable Vitamin C. Sangat membantu apabila tekak saya mula berasa loya. Saya kemam je dalam mulut. Rasanya yang masam-masam membuat saya lupa keinginan nk beli asam atau gula-gula penghilang rasa loya tadi.
Doakan saya dan anak-anak cepat sembuh ye.