Vacuum Cleaner Alat Termudah Kemas Rumah

Ini adalah salah satu Tips Kemas Rumah.
Insya Allah, kemas rumah bukan satu masalah besar bagi rumah saya yang hanya seluas 770kaki persegi dan penggunaan perabot yang sangat minima ini. Kami hanya mempunya 1 meja makan 4 kerusi dan satu sofa-bed bersaiz sederhana sahaja dan sekeping carpet di lantai. Kami lebih sukakan ruang yang lapang dan luas untuk memudahkan anak-anak kami berlari, bermain dan berkejaran dalam rumah tanpa terlanggar apa-apa perabot.
vacuum cleaner4
SAYA TAK SUKA MENYAPU 
Ok berbalik kepada tips kemas rumah tadi. Biasalah bila kita ada ramai anak-anak kecil dirumah, salah satu yang menjadi penyumbang utama ‘sampah’ adalah sisa makanan atau biskut yang mereka makan, selain habuk yang entah dari mana datangnya walaupun rumah kami bukan ditepi jalan besar.
Dan untuk mengemas ‘sampah sarap’ ini, saya kurang suka menggunakan penyapu, kerana ; habuk boleh berterbangan ke udara dan saya akan terbatuk-batuk sambil mengemas. Anak-anak yang suka ‘join’ kemas rumah juga akan terbatuk-batuk apabila habuk terbang ke arah mereka. Jadi membersih dengan penyapu tentu sekali bukan pilihan saya untuk membersihkan habuk dan sampah-sampah kecil.
VACUUM CLEANER PILIHAN SAYA
vacuum cleaner1
Gambar : Dari Google
Ye, inilah pembantu setia saya. Bukan hanya ada satu, tapi dua. Vacuum cleaner ni bagless. Kata orang melayu, tanpa beg. Kalau anda perasan, dulu vacuum cleaner akan ada satu beg kertas di letakkan didalamnya untuk mengisi habuk-habuk dan sampah yang disedut. Kadangkala beg tersebut boleh pecah dan ianya agak rumit dan leceh kalau kita nak bersihkan. Alternatif lain, kita perlulah sediakan beg extra.
Menariknya vacuum cleaner jenama Elextrolux ni, ia tiada bag. Hanya sekadar satu tong kecil yang boleh dibasuh jika terlalu kotor. Dan kita juga tak perlu lagi membeli beg lagi. Sangat mudah. Kadar ‘suction’ juga boleh di laras. Samada nak sedutan minima atau sedutan maksima. Saya akan gunakan sedutan maksima ketika mem’vacuum’ karpet berbulu, Dan memang bersih sangat karpet tersebut setelah di’vacuum’.
Inilah dia antara contoh-contoh cara membersihkan habuk dekat rumah saya. Terima kasih kepada anak lelaki saya yang turut ‘have fun’ membantu saya kemas rumah :)
vacuum cleaner3
VACUUM PERCUMA DENGAN POINT KAD MAYBANK
Ini lari topik sikitlah. Saya suka kan vacuum cleaner saya, bukan hanya sebab dia bantu saya bersihkan rumah. Tapi juga sebab saya bawa pulang kedua-dua unit vacuum cleaner saya secara PERCUMA! Siapa yang tak suka barang percuma kan?
Inilah dia salah satu Shaklee Effect yang saya dapat melalui bisnes Shaklee. Dengan penggunaan kad bank samada kad kredit atau kad debit untuk bisnes Shaklee saya, saya turut mengumpul point yang sangat banyak sehingga saya telah membawa pulang lebih kurang 6 barang elektrik secara PERCUMA sepanjang 2tahun ini. Haaa best kan?
Bagaimana caranya? Anda hanya perlu membawa kad bank dan kad pengenalan anda ke mana-mana cawangan Sen Heng. Minta staff kedai check berapa point terkumpul. Dahulu, point redemption di kira begini ; 200 point = RM1.  Mungkin sekarang, point dah naik sikit.
Bayangkan kalau anda ada 100,500 point, anda akan dapat RM502.50. Dan dari amaun bernilai RM502.50 ini, anda boleh gunakan untuk membeli mana-mana barang elektrik yang mempunyai nilai yang sama atau kurang daripada RM502.50. Kalau harga barang tu terlebih sikit, anda kena ‘top up’ lah bakinya.
Ok, itu sahaja tips kemas rumah daripada saya. Melalut sampai dapat vaccum free pula. :)
So anda pula bagaimana? Apa tips kemas rumah anda?
By the way, kalau nak rasa cergas masa kemas rumah tu, mulakanlah dengan mengambil satu sudu ESP sebagai penjana tenaga. Jom klik sini untuk order ESP anda.
Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


2 comments:

  1. Bagus juga vacum tanpa beg ni, nak cari beg mmg payah terutama vacum lama yg diorang dah tak produce bag lagi tu

    ReplyDelete
  2. Yup mmg pun. Leceh bila xde sparepart kan

    ReplyDelete