Perlahan lahan, kita dapati tiada lagi kawan nak keluar lunch dengan kita.
Ini memang antara salah satu masalah besar negara. Mana taknya, ia boleh jadi penyumbang masalah stress dan tekanan pula apabila ramai rakyat Malaysia yang menaiki public transport terpaksa menahan nafas dalam tempoh masa yang yang agak lama.
Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, stress, dalam hati beristighfar banyak-banyak, nak berganjak tempat tak boleh sebab keadaan sesak semua orang nak pergi kerja.
Oklah itu cerita dalam public transport. Macam mana pula kalau anda yang ada masalah bau badan ni adalah seseorang yang sedang mencari kerja. Jom tengok kartun ini, mungkin ia adalah salah satu realiti dalam hidup kita.
Kesian, kelulusan dah ada. Mungkin juga anda memang boleh buat kerja tapi bakal bos terpaksa pilih calon interview kedua, hanya kerana tak tahan dengan bau badan anda. Ruginya, gaji bakal boss offer RM3500 sebulan pula tu!
Saya nak share info tentang masalah bau badan yang saya ambil dari salah satu support group Shaklee kami.
--------------------------------------------------------------------------------
[INFO : MASALAH BADAN BERBAU]
Lebih memalukan jika rembesan peluh kita mengganggu orang lain.
Masalah ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan.
Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.
Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.
Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan.
Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
PUNCA BADAN BERBAU
Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.
Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk.
Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.
Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu.
Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
BAGAIMANA DENGAN KAKI BERBAU?
Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama.
Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.
Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.
Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.
Tips Atasi Masalah Badan Berbau
Antara cara mengatasi masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.
Cara mengawal bau badanCadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.
* Alfalfa Complex
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
* Garlic Complex
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau.
Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil.
Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
* Herba-Lax
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik.
Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus
Mudah sahaja cara nak atasi masalah badan berbau ni kan? Asalkan kita menjaga kebersihan diri, menjaga pemakanan dan pengambilan beberapa vitamin yang disarankan, kita bakal bebas dari beban hutang belajar.
Ye lah kan, kalau tak kerja, kalau tak buat bisnes, macam mana pula nak dapat duit nak bayar hutang :P
Bagi yang nak melangkah pergi interview tu, saya ucapkan GOOD LUCK dan semoga anda dapat kerja.
KLIK! Beli Set Super Detox Sekarang |
Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Betul. Kita jangan lupa penampilan diri ketika interview.
ReplyDelete