Pengalaman Larian Marathon Pertama : I Love Subang Run

Sebenarnya, kali kedua. Kali pertama masa umur 12 tahun dulu. Hehe. Lama dah. So saya reset balik, jadikan larian marathon 7km I Love Subang ni jadi yang pertama semula.


Inspired dengan  aktiviti dan minat suami saya sendiri yang dah berlari dalam macam-macam acara marathon sejak tahun lepas. Terfikir, suami ku semakin sihat dan fit, takkan lah ai nak stay menambah lemak-lemak sedia ada ni jadi bertambah banyak pulak..

Jadi, bila suami offer untuk join marathon 7km ni, saya pun segera bersetuju. Memang adalah buat beberapa sesi latihan joging dekat padang berdekatan rumah. Tapi setakat 2km sahaja, lepas tu stop sebab takde motivasi, tak tau teknik dan bosan lari sorang-sorang.

LARIAN AMAL I LOVE SUBANG

Sebenarnya memang agak terkenal sekarang ni, badan-badan korporat anjurkan acara marathon sebagai salah satu acara untuk membuat charity kepada masyarakat. Ia tidak bermatlamatkan kemenangan dalam bersukan, tapi lebih kepada tujuan amal seperti mengumpul dana untuk pesakit kanser, menyebarkan informasi tentang sesuatu kempen dan sebagainya. Larian hanyalah sebagai salah satu aktiviti sihat untuk masyarakat. Takkanlah asyik nak buat konsert, bagi saya buat larian amal lebih bagus.

Di bawah adalah item-item yang ada dalam goodie bag larian amal kali ini. Banyak juga pihak yang sudi sponsor. Matlamat I Love Subang adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan, keamanan dan kesihatan para penduduk di sekitar Subang Jaya

Menurut jurucakap larian ini, Subang Jaya kini menjadi salah satu kawasan yang mempunyai kadar pembuangan bayi yang tinggi. Mungkin kerana terdapat banyak Universiti dan kolej swasta, golongan remaja ini terlibat dengan kegiatan bersekedudukan sehingga melahirkan anak-anak yang tidak berdosa.  Di bawah program amal ini, mereka memohon agar anak-anak kecil tersebut tidak dibuang tetapi diserahkan kepada mereka untuk dijaga dengan baik.

Bukan lah nak menggalakkan lagi kerja maksiat, tapi sekurang-kurangnya nasib bayi bayi tersebut dapat dibela. Dan pihak penganjur giat berusaha menyebarkan kesedaran, bahayanya gejala maksiat dan seks rambang.


BERGURU SAMBIL BERLARI

Oleh sebab saya ada matlamat nak habiskan larian ni dalam masa yang ditetapkan, maka semestinya lah saya kena berlari dengan kadar yang konsisten. Bagi orang biasa macam saya yang larat lari 2km sahaja pada masa latihan, 7 kilo ni boleh dikatakan agak mencabar juga lah.

Nasib baiklah suami memang nak berlari bersama-sama saya sepanjang event tu. Kalau ikutkan memang dia boleh berlari lebih laju di depan. Suami saya kata, masa latihan saya buat salah target.
Mana boleh target 2km sahaja, tapi buat lah target lari sejauh yang boleh.

Okey, nak bermarathon lagi walaupun hanya 5km, mesti ada target.
Target jangan berhenti pada 2km pertama,.
Target untuk tidak berhenti walaupun dah tercungap-cungap
Target untuk bernafas melalui mulut ketika berlari agar oksigen sampai ke paru paru secara optimum
Target untuk menghilangkan dahaga dengan Performance
Target untuk melonjakkan larian dengan lebih laju ketika turun bukit

P.O.Y.O je kan? Hehe

AIR LIUR PEKAT KETIKA BERLARI PETANDA TUBUH MULA TERHIDRAT

Air Performance yang kami bawa, saya yang habiskan. Baru melepasi 2km, terasa air liur mula memekat. Agak mengganggu bila nak bernafas. Suami hulur air Performance. Dia kata, itu petanda badan dah mula nak terhidrat la tu.

Suami nasihatkan saya, jangan minum air isotonik yang berkarbonat (bergas). Kadar gula yang tinggi tak mampu buat kita rasa hilang dahaga. Gas yang ada juga akan buat kita rasa tak selesa. Ok, konpem lah saya akan pilih Performance.

'FINISHER' DALAM MASA 53 MINIT 23 SAAT

Ini rekod newbies ye. Para otai jangan gelakkan. Hehe.


dan dapatlah medal Finisher ini. Kenang-kenangan untuk kami, buat sesuatu yang salah seorang dari kami suka, tentu jadi salah satu cara mengeratkan hubungan.

I do what you love, sure you will love me even more. Chewah!


Suami akan ada beberapa siri marathon lagi selepas ini. Dan saya pula akan update lagi kisah marathon seterusnya selepas 21 Disember, Cyberjaya FunRun.

Jom baca cerita ini juga!


Kalau nak beli Performance, minuman isotonik yang best ni, klik je!


Kalau nak beli produk Shaklee lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.


---------------------------------------------------------
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook

Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head