• Pengedar By Negeri
  • Panduan MANTOP Bisnes Online Dari Rumah Sampai Boleh Bagi Duit Poket Dekat Suami

    Insya Allah, hari Ahad nanti saya bakal berkongsi sedikit pengalaman melakukan bisnes online dari rumah kepada beberapa orang wanita di Butik About Umi & Baby di Seksyen U5, Shah Alam. Saya memang sangat berbesar hati memenuhi undangan dari Puan Noor ini. 

    Memang tak sabar rasanya nak berkongsi panduan bagaimana nak bisnes online dari rumah terutama sekali kepada para surirumah yang sedang tercari-cari peluang menjana pendapatan sampingan.

    bisnes online dari rumah

    BAGAIMANA MEMILIH BISNES ONLINE YANG BETUL?

    Memang dilema bagi para surirumah yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami nak memulakan bisnes. Ramai dikalangan mereka ada persepsi, nak bisnes kena ada modal. Modal besar pulak tu sampai perlu buat pinjaman bank. Ada juga yang berfikir, nak bisnes kena ada kedai. Benarkah?

    Tak kurang juga, mereka mengganggap kalau nak bisnes kena ada pandai 'menggoreng' ayat untuk tarik customer. Betul ke? Macam macam lah persepsi sebelum nak mulakan bisnes dan ini merupakan 'fear'  terbesar, sama je macam saya ketika mula-mula nak bisnes dulu.

    Mindset diatas semuanya salah! Anda mampu membuat bisnes online yang;
    1. Tak perlukan kedai - of course sebab namanya pun bisnes online dari rumah
    2. Tak perlu modal besar dan tak perlu meminjam dengan bank - contohnya bisnes Shaklee (RM75 sahaja nak mendaftar perniagaan)
    3. Tak perlu keluarkan produk sendiri
    Saya kongsikan 3 cabang bisnes online paling masyukk yang bakal membuat surirumah berjaya hingga mampu bagi duit poket kepada suami.


    • Bisnes makanan kesihatan ; memang mendapat tempat dihati ramai rakyat Malaysia kerana sememangnya ramai orang sakit tapi kelihatan sihat. Bermula seawal umur bayi sehinggalah ke umur senja, setiap individu pasti ada masalah kesihatan yang perlu diselesaikan

      Yang kurus jangan ingat tak ada kolestrol tinggi, yang tegap jangan sangka tak ada masalah sakit pinggang, dan yang nampak ayu jangan sangka tiada masalah keputihan.

    • Produk kewanitaan ;  produk kecantikan kulit wajah, produk pelangsingan, produk pakaian dan sebagainya. Memang dengan fitrah wanita yang memang suka nampak cantik dan nampak kurus ditambah lagi dengan kuasa membeli yang hebat di tangan wanita menyebabkan industri ini mendapat sambutan hangat.

    • Produk yang membantu masalah suami isteri : Kata kunci tahan lama, abang power, abang sado untuk lelaki, dan ketat, rapat, anjal untuk perempuan memang dapat sambutan hebat. Saya percaya sebab saya memang dah jumpa dengan peniaga lelaki yang berpendapatan ratusan ribu sebulan hanya dengan menjual produk penjagaan dalaman wanita. Amacam? 
    Produk makanan juga mungkin mendapat perhatian. Simple je kan? Anda dah boleh mula tengok sekeliling, ada tak rakan-rakan yang dah mulakan bisnes online macam di atas.

    Tonton video ni, surirumah ini dah berjaya buktikan bisnes yang dilakukan dirumah mampu membuat suaminya tersenyum lebar setiap hari. 


    Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

    RANCANG BISNES AGAR MAMPU JADI SUMBER INCOME TERBESAR KELUARGA

    Alhamdulillah, kini anda dah jumpa bisnes yang serasi di jiwa. Pastikan anda lakukannya sepenuh jiwa ya. Kalau boleh biar lah ada mentor, jangan buat bisnes main terjah saja sebab pasti akan ambil masa yang panjang untuk capai kejayaan. Kerja berjemaah kan lebih mudah.

    Adakan jadual dan perancangan teliti bila anda akan membuat kerja-kerja online.

    Sudah ada perancangan, lakukanlah plan anda mengikut langkah-langkah tersusun sebaiknya. Jangan mudah mengalah kalau plan anda terkandas di tengah jalan.

    Pastikan anda ada supplier yang komited dan stok barang jualan anda mudah didapati. Takutnya nanti supply tak mampu memenuhi demand.

    Pastikan juga anda ada push factor yang kuat ketika mula melakukan bisnes agar anda tidak mudah kecundang dipertengahan perjalanan bisnes anda. Anda kena tahu, memang ada banyak ujian dan cabaran ketika kita mula berniat nak buat bisnes. Di sinilah anda perlu apply strategi katak pekak.

    Kalau tak tahu apa dia kata pekak, tak apa. Nanti hubungi saya 013 3583424 untuk saya explain lagi.


    ISTERI TETAP ISTERI, IBU TETAP IBU.

    Bisnes dari rumah tidak memerlukan kita mengadap laptop atau telefon selama 24jam 7hari seminggu. Kalau bisnes anda memaksa anda jadi macam ni, maka mungkin anda patut consider untuk menukar bisnes lain.

    Sebagai seorang surirumah, pastikan niat asal kita seiring dengan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri. Jangan sampai rumah bersepah tak berkemas, suami balik kerja hidangan makan malam belum disediakan, dan anak-anak pula menangis-nangis mintak perhatian.

    Sebab itulah, seorang surirumah yang mahu buat bisnes online kena ada jadual harian yang terancang dan tersusun rapi. Anak-anak happy, suami pun happy, kita apatah lagi sebab semuanya ada di depan mata kita sambil duit berduyun duyun masuk ke akaun kita.

    SEMOGA ANDA JUMPA BISNES IDAMAN

    bisnes shaklee online

    Kalau masih belum ada idea, saya berbesar hati menjemput anda untuk hubungi talian tertera untuk mengetahui peluang bisnes yang telah pun berjaya mengubah hidup ramai wanita yang dulunya biasa-biasa sahaja, kini telah berubah 360 darjah dengan bisnes online yang diceburinya.

    Seronok sebab seorang surirumah juga mampu menjana pendapatan untuk keluarga malah mampu menyumbang untuk masyarakat. Bukan sekadar terima tohmahan orang ' duduk rumah perabis duit laki'.

    Jadi Ahli Shaklee

    Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

    Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424a