Tak Boleh Makan Vitamin Ketika Berpuasa?

Sempat saya bersembang dengan salah seorang staf Shaklee ketika membuat order tadi. 
Sambil key in order saya, beliau mengungkapkan kerisauan beliau.

"Akak..saya ni x boleh makan vitamin ke masa puasa ni?"

"Eh sapa cakap?" Soal saya semula sebab terkejut.

"Yelah..bila masa nk minum banyak air. Nanti tak jadi apa apa ke dekat saya kalau kurang air?"

Owhhh, memang patutla beliau risau, sebab kebiasaannya sebagai seorang penasihat vitamin, pastinya kita akan nasihatkan consumer vitamin untuk mengambil air secukupnya atau lebih 2liter sehari.

Bila tiba Ramadhan, dimana beliau tak boleh nak minum air diwaktu siang, timbul lah kerisauan. Dan akhirnya beliau ambil keputusan untuk tidak makan vitamin pada bulan Ramadhan.

Adakah tindakan ini tepat?

Sebelum saya jawab, jom kita baca kepentingan mengambil air secukupnya setiap hari.
Antaranya;
-membantu menstabilkan suhu badan
-membantu membawa nutrien keseluruh tubuh
-menyingkirkan toksin
-penting sebagai 'joint-lubricant'

Baca lanjut tentang KEPENTINGAN AIR

Nampak kan, betapa pentingnya fungsi air dalam tubuh kita.

Dan untuk menjawab persoalan tadi, pastinya saya akan katakan bahawa tindakan beliau adalah salah.
Ini kerana tubuh kita tetap memerlukan beberapa nutrisi tambahan melalui vitamin, dan walaupun kita sedang berpuasa tiada masalah untuk meneruskan rutin harian makan vitamin. Cuma kita kena tahulah bagaimana nak minum air dengan betul sekaligus melancarkan fungsi tubuh kita di bulan Ramadhan.

Sebenarnya saya dah pernah share tentang Tips Mudah Minum Air Semasa Berpuasa ni. Tapi tak apa, insyaallah saya akan share kan lagi cara-caranya.

Bagaimana nak minum air secukupnya ketika berpuasa?



Mudah sahaja..

-Pastikan anda minum segelas air kosong (anggaran 250ml) sebelum mula makan makanan berbuka.

-Pastikan anda minum segelas air kosong setiap jam ; 
katakan berbuka pada 7.30pm, jadi anda perlu wajibkan diri sendiri minum segelas air lagi pada 
8.30pm, 9.30pm, & 10.30pm.. itupun kalau anda tidur pada jam 11pm lah.
Lihat, anda sudah pun minum 1liter air.

-Bangun awal untuk bersahur sekitar jam 4pagi. Terus minum segelas air.  
Ambil peluang untuk melakukan solat sunat Tahajjud dan usai solat minum lagi segelas air. 
Dan Sambil anda menyediakan juadah sahur untuk keluarga, pastikan anda minum lagi segelas air setiap 1/2 jam sehingga waktu sahur tamat. Insya allah, anda akan berjaya minum another 1 liter air.

Susah ke?
Kalau anda rasa susah, maka susahlah yang anda akan dapat :)
So janganlah kita susahkan yang mudah ye.

Minum air secukupnya, ambil vitamin ikut jadual yang dah disusun semula dan BE HAPPY.

Owh ye, saya tak nak tertinggal share kan satu lagi TIPS ni.


Memang eloklah satu rumah simpan 2 canister Performance sepanjang Ramadhan ni. Kongsikan bersama keluarga dan seluruh keluarga akan berpuasa dengan bertenaga. :)

Teruja nak cuba PERFORMANCE?
Klik ORDER PERFORMANCE untuk membuat pesanan anda. Mudah sangat.. Selamat mencuba 

=================================================

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head