4 Tips Mudah Elak Simpul Mengkarung Ketika Hamil Buat Anda Lena Tidur Malam


Pernah dengar istilah simpul mengkarung?

Saya pertama kali dengar istilah ini pun dikalangan rakan-rakan yang sudah pun bergelar ibu waktu mengandungkan anak pertama pada 2007 dahulu. Ada juga yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung dan sebagainya.

Lucu juga kalau nak difikirkan logic kaitan namanya. Macam pelik juga apa maknanya, rupanya daripada sembang mak-mak dekat opis tu, tahulah saya yang simpul mengkarung ini ialah nama lain bagi simptom kekejangan yang berlaku pada wanita hamil.

Pengalaman sendiri kena simpul mengkarung.

Tidak dinafikan, saya sendiri pernah mengalami masalah ini ketika hamilkan anak sulung dulu.

Sakitnya datang tiba-tiba terutama sekali ketika cuaca sejuk atau apabila kita tidur dalam kesejukan aircond. Tak kira lah pukul 2pagi ke, 4 pagi ke, tiba-tiba simpul mengkarung nak datang, hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya.

Kesakitan yang bermula dari bawah betishingga kebahagian bawah kaki. Ia akan mengambil masa beberapa minit, sebelum pulih seperti biasa semula. Tapi nak menunggu kesakitan tu surut, memang boleh menjerit-jerit menangis jugalah.

Biasanya, suami lah yang jadi mangsa, kejutkan dan minta dia urut-urut serta tarikkan kaki. Insya allah selepas seketika, kesakitan akan berkurangan dan boleh kembali tidur.

Apa Punca Kekejangan Ketika Hamil?

Menurut website BabyCentre, kekejangan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Saya petik sedikit ulasan dari website tersebut.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Ibu hamil yang selalu terkena tarik mengkarung ini mungkin akan mengalami fobia untuk tidur di waktu malam. Kurang tidur pula akan menyebabkan mereka mudah mengantuk, tidak cergas, tidak produktif di tempat kerja dan kadangkala boleh buat ibu tersebut menjadi semakin stress.

Kesannya bukan sekadar pada kaki yang sakit, ianya lebih dari itu. Jadi ibu hamil yang selalu mengalami masalah ini perlu buat sesuatu.

Ketahui 4 Tips Mudah Legakan Tarik Mengkarung.


4 tips di atas adalah antara cara mudah bagi ibu hamil nak elak dari terkena simpul mengkarung secara berulang-ulang.

1. Sapukan minyak panas sebelum tidur.

Seperti yang kita tahu melalui fakta yang saya kongsi dekat atas tadi, kekejangan ini melibatkan otot.
Seperti kebiasaan ramai atlit juga, untuk mengelakkan kaki kejang mereka akan menggunakan krim atau semburan minyak panas untuk melegakan otot yang kejang.

Anda boleh gunakan minyak mastika, minyak kayu putih, minyak yu yee atau apa sahaja minyak panas yang anda sukakan. Sapukan dan buat sedikit urutan pada belakang kedua dua betis hingga ke buku lali.

Efek kesan panas dari minyak tersebut tentu sangat melegakan dan ibu bolehlah tidur dengan lena.

2. Amalan merendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Ini juga bertujuan merehatkan otot dari tekanan.

3. Minum susu atau ambil pil kalsium setiap hari.

Dikatakan tubuh ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium apabila mengandung dan menyusu kerana ia dikongsi bersama bayi.

Jika ibu tidak 'top up' pengambilan kalsium dari sumber makanan / minuman atau suplemen, tubuh mereka sendiri akan mengalami defisit. Kasihan si ibu, jadi sebab itu lah di syorkan sangat minum susu atau ambil pil kalsium.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pil kalsium bernama Ostematrix secara konsisten sejak awal kehamilan lagi, dan terbukti saya tidak pernah kena tarik mengkarung lagi untuk kehamilan kali keempat ini. Berbeza dengan kehamilan sebelum ini, pasti akan kena sekurang-kurangnya 3 kali.

4. Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk bersilang.

Diketahui 2 keadaan ini akan menyebabkan kaki ibu hamil stress. Peredaran darah menjadi kurang lancar. Dan otot kaki akan mudah penat.

Jika duduk dimeja kerja di pejabat, ibu hamil disarankan meninggikan sedikit kaki mereka dengan sesuatu seperti kotak, agar tidak terjuntai seperti biasa. Mereka juga digalakkan bergerak secara kerap untuk menggalakkan peredaran darah dan seumpama senaman ringkas yang baik untuk ibu hamil.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya tentang isu ibu hamil berkaitan kaki kejang ini.
Saya sebagai seorang ibu hamil memang memahami betapa sakitnya bila diserang kekejangan walaupun ia tidak berpanjangan.

Lagi lagi pula kalau kita tengah cramp, kejutkan suami..tapi beliau tak bangun nak tolong urut atau legakan kesakitan kita tu. Hehe memang rasa tak aci sangat kan :P

Saya doakan semua ibu hamil merasakan pengalaman manis kehamilan sepanjang 9bulan ini.
Kongsikan entry saya ini kepada mereka yang mengalami masalah simpul mengkarung ya..

Nak lebih mudah, syorkan sahaja mereka membeli Set Kehamilan Indah yang turut mengandungi pil kalsium Ostematrix daripada saya. Bukan apa, kalau boleh saya memang mahu semua ibu hamil happy happy saja tanpa masalah simpul mengkarung macam ini.

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Promosi Julai : Pilih Vivix Sebagai Superfruit Anda Dan Hidup Tenang Tanpa Stress Dengan BComplex

1 Julai, seawall 12malam lagi kami dah boleh check produk yang menjadi pilihan Shaklee sebagai produk promosi.

Sehingga hari ini, pihak Shaklee tanpa gagal membantu para penggunanya berjimat dan mendapatkan lebih nilai melalui promosi yang diadakan.

Dan bulan ini, penggemar tonik awet muda Vivix boleh senyum lebar. Begitu juga penggemar Bcomplex dan taklupa ibu ayah yang dah seronok sangat tengok perkembangan dari segi kesihatan anak anak mereka apabila mula mengambil Vitalea For Children.

 
 
Vivix , suplemen 'super' yang telah membantu terlalu ramai pesakit-pesakit 'berat' seperti kencing manis, darah tinggi, dan strok untuk mendapatkan bacaan yang normal serta memberikan pesakit-pesakit ini tenaga.
 
Produk premium yang dibuat daripada gabungan pelbagai ramuan botani seperti Polygonum Cuspidatum, anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol.
 
 
Manfaat Polifenol;
 
Beberapa polifenol penting seperti flavonoid, resveratrol, dan isoflavon diketahui memiliki sifat antioksidan. Adanya antioksidan diyakini berkhasiat untuk meningkatkan kemampuan anti-inflamasi dan kekebalan tubuh.
 
Selain itu, Vivix yang dikenali sebagai tonik awet muda ini ternyata terbukti membantu peminumnya nampak lebih muda. Lihat sahaja gambar wanita di dalam gambar diatas. Nampak macam 20an kan umurnya :)
 
Malah telah ramai yang berpuashati apabila orang kesayangan mereka yang dipercayai 'pembunuh senyap' telah berjaya meninggalkan rokok. Buktinya jelas dan berkesan.
 
 
Anda boleh membeli Vivix yang bernilai RM475 ini dengan harga yang lebih menjimatkan apabila anda mendaftar keahlian Shaklee.
 
Tahukan anda : dengan pembelian 2 botol Vivix, anda sudah pun layak menjadi ahli Shaklee, PERCUMA pulak tu.
 
BComplex : tablet berwarna kuning ini seringkali dituduh sebagai penyebab kepada meningkatnya selera makan seseorang. Salah tu!
 
Selera makan naik bukan sebab Bcomplex, tapi sebenarnya tuan empunya tubuh salah faham. Bcomplex membantu tubuh mengenalpasti bahawa ia kekurangan zat-zat tertentu di dalam badan dan kadangkala ia adalah [etanda tubuh kekurangan air. Jadi apabila perut terasa lapar, sepatutnya kita minum air ter;ebih dahulu. Jika masih lapar, baru lah ambil makanan.
 
Secara umumnya,  manfaat vitamin B Complex termasuklah :
  • menggalakkan penghasilan tenaga, 
  • mengekalkan kesihatan kulit dan otot
  • menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf. 
 
BComplex termasuk dalam Set Migrain, Set Energy Booster, Set Kecantikan Kulit, Set Menyusu, Set Kehamilan dan Set Berpantang. Ianya sebenarnya patut diambil oleh semua lelaki dan wanita.
 
Dan yang terakhir sekali adalah Vitalea For Children. Vitamin untuk kanak-kanak ini adalah item promosi sejak ia kembali ke pasaran Malaysia.
 
Berperisa anggur, mudah dikunyah ia adalah pilihan bijak ibubapa yang mahu berikan nutrisi asas untuk anak anak mereka.
 
 
 
Jangan Lupa Terus Sign Up Sebagai Member Shaklee.
 
Jika anda yang masih belum menjadi ahli teruja nak cuba mana-mana vitamin diatas, pastikan anda mendaftar keahlian terus ya, Sebab program YES kami masih berlangsung lagi.
 
Mana mana pembelian produk Shaklee ketika mendaftar akan melayakkan anda mendapat sebotol Vitalea secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini ok,
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
 
 
 
 
 
 
 

3 Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

Alhamdulillah dah masuk hari ke14 kita berada di bulan Ramadhan 2015. Dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, ramai umat Islam tetap bersabar menahan lapar dan dahaga.

Menariknya tahun ini, tahun ke3 saya berpuasa di rumah dan bergelar WAHM. Hampir setiap hari saya akan sediakan juadah berbuka untuk keluarga. Kalau di hari-hari biasa, saya akui memang agak muak dan bosan bila kena masak hari-hari (ops!), namun berbeza pula pada bulan Ramadhan ini, boleh jadi tersangat rajin pula.

Mungkin kerana nak kejarkan berkat Ramadhan kan, orang yang menyediakan makanan untuk orang berpuasa turut mendapat ganjaran pahala yang banyak.

TAK TERINGIN KE BERBUKA DILUAR?

Setakat ini memang tiada keinginan yang membuak-buak nak ajak suami dan anak berbuka diluar. Mungkin kerana factor kos makan diluar yang saya rasa semakin mencekik leher, saya lebih rela membelanjakan duit kami untuk membeli lauk dan masak sendiri.

Namun, kalau dapat peluang berbuka di luar secara PERCUMA, memang lah saya takkan tolak. Makan free kan, jangan ditolak rezeki.

BERBUKA DI KAMPUNG CLASSIC, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE.



Alhamdulillah,minggu lepas kami sekeluarga telah mendapat jemputan berbuka berpuasa di hotel. Jemputan khas majlis berbuka puasa untuk SLC leaders oleh mak bisnes Shaklee saya iaitu Masters Lyna Noh.

Majlis berbuka ini diadakan di Kampung Classic' Kuala Lumpur Convention Centre.


Master Lyna dan suami book satu 'private room' yang menempatkan lebihkurang 10 meja untuk para jemputan mereka. Bermula jam 6petang, para jemputan mula tiba dan kami berkumpul di bilik yang telah ditempah oleh Master Lyna.

Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

1. Pelbagai Sajian Enak.

Kampung Classic menyediakan sajian kampong 'buffet style' penuh dengan pelbagai juadah seperti lauk-pauk, nasi beriani, kambing golek, kek dan dessert, kueteow dan mee goreng, keropok lekor, buah buahan, ABC dan pelbagai lagi juadah lain yang sedap sedap semuanya.

Memang melonjak nafsu makan bila melihat semua juadah yang terhidang. Inilah cheat day saya. Saya memilih untuk tidak makan nasi dan lauk-pauk yang disediakan. Sebaliknya saya focus pada dessert dan side dishes serta buah-buahan sahaja.

Dikatakan menu yang ada disini tidak akan sama dalam masa 1-2minggu. Ianya sentiasa bertukar-tukar. Dan Kampung Classic merupakan caterer yang suka mempelbagaikan menu makanan mereka.
Contoh terbaik adalah Popia Nasi Lemak.

Saya ingatkan popia dengan inti biasa, rupanya didalam gulungan popia tersebut diisi dengan nasi lemak dan sambal. Sedap!

Teh tarik pisangnya pula memang mengingatkan saya kepada susu pisang yang kami nikmati setiap hari di Korea. Ya Allah, sedap sangat.


2. Ruang solat dan wudhu yang dekat dan selesa.

Perkara paling menarik berbuka di sini adalah, mereka menyediakan ruang solat lengkap dengan tempat wudhu yang sangat selesa untuk semua pelanggan Muslim yang berpuasa. Sebuah bilik solat dan bilik wudhu lelaki dan perempuan disediakan di tingkat 3.

Para pelanggan tak perlu pergi jauh mencari surau. Dan yang paling mengagumkan saya, bilik wudhu diubahsuai daripada bilik seminar sahaja. Saya memang teruja melihat setup bilik wudhu ini. Biasanya jika orang ramai-ramai ambil wudhu si tandas, akan menyebabkan ruang lantai tandas basah dan mulai kotor. Namun ia tidak berlaku di sini. Yang sedihnya, saya lupa nak ambil gambar.

Malah mereka juga menyediakan imam untuk lead solat terawikh. Selepas solat terawikh juga masih boleh sambung makan jika mahu.

3. Pilihan berbuka secara kumpulan di private room.



Jika anda bertujuan nak buat gathering sambil berbuka, mereka menyediakan private room seperti yang telah di booking oleh Master Lyna. Bagi individu yang datang berdua atau dalam keluarga kecil, mereka boleh memilih untuk duduk dikawasan open air diluar.

Kebiasaannya private room ini ditempah oleh pihak pejabat atau kontraktor/vendor yang ingin meraikan client mereka.

Inilah 3 perkara yang memang saya boleh bagi pujian pada pihak Kampung Classic.

Sedikit info tentang Iftar di Kampung Classic, KLCC

Diadakan setiap hari, dan perlukan booking lebih awal.
Hubungi Lee San Meng 013 23332740 atau Aishah Amelia 03 23332833 untuk info lanjut.
Harga bermula dari RM99++ hingga RM135++ seorang

Selepas makan, sempat kami berkumpul seketika untuk sesi coaching ringkas. Alhamdulillah, banyak pengisian dari Master Lyna dalam tempoh yang sekejap itu.

Terima kasih Master Lyna dan suami, founder kepada iReach!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424