ESP owh ESP : Fakta Wajib Tahu.

Semenjak dua menjak ni, rasanya memang tak lengkap hari saya kalau tak minum air bancuhan ESP.

Sekurang-kurangnya sehari sekali saya akan minum bancuhan ESP, siap bawak satu canister ke opis, kot la tak sempat nak bancuh kt rumah. :)
Bila bancuh kt opis, banyak sikit resepi yang saya boleh cuba, sebab 7Eleven dekat je. Boleh tengok gambar-gambar dan resepi kt Album : Variety of Drinks@K3S

Ini salah satunya :


Ok berbalik pada tajuk, pagi ni saya nk cerita pasal FAKTA WAJIB TAHU tentang ESP. Apalah sebabnya yang saya jadi fanatik sangat dengan ESP ni.

Saya kredit kepada blog Kak Cery tentang discussion yang dibuat tentang ESP dengan rakan-rakannya.

Persoalan PERTAMA : KENAPA PROTIN PENTING??

So ini jawapan dari salah seorang anak buah Kak Cery, Beeha Yunos.

  • sebab Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
Persoalan KEDUA : APA YANG BEST TENTANG ESP?
  • merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  • ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, bantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
Dan memandangkan ESP merupakan makanan sel, sel yang sihat akan lebih mudah menyerap vitamin lain yg kita makan. Kalau sel tidak sihat, ia akan mengambil masa yg agak lama untuk diserap dan efektif. Sebab itulah, sangat disarankan mengambil vitamin bersama ESP.  Barulah kesannya lebih ketara dan lebih UMMPPHH!!

Sebab semua tu lah, sekarang saya sangat konsisten dengan pengambilan ESP. Saya tak mahu amalan pemakanan vitamin saya agak sia-sia kalau ianya tak dapat diserap dengan baik oleh  badan saya. Sambil-sambil tu saya memang nk jaga penampilan saya agar sentiasa segar dan cantik pada pandangan suami saya. Nak kulit cantik, nak kulit anjal, nak selalu awet muda gitu la kan. Tak lupa, ESP juga adalah satu BONUS besar pada saya yang masih breastfeedkan anak.

Bagi yang belum pernah cuba, jom cuba sekarang. Bagi yg dah beli, amalkan setiap hari tau..jangan culas-culas. Kalau rasa tak lalu nk minum ESP plain, u are free to mix it with any fruit juice. Ya Allah sedap sangat ..


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
  

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Waktu badan melakukan DETOX.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti sembelit, demam, selsema, berat badan berlebihan, selulit, kadar kolesterol yg tinggi, letih dan lesu, penyakit kulit, sindrom pra-menstruasi, kehilangan gairah seks, penyakit-penyakit degeneratif (hipertension, stroke, penyakit jantung koroner, diabetes, dll.) dan penyakit ini sukar untuk sembuh.

Tahukah anda bahawa punca masalah-masalah tersebut adalah kerana adanya timbunan 'hampas' dalam tubuh anda? 'Hampas' ini juga dikenali sebagai TOKSIN. 

Toksin bukan sahaja terhasil dari makanan yg kita makan, malah ia juga terhasil dari perasa, pengawet dalam makanan, pencemaran udara, pencemaran air, bahan-bahan kimia, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Sepatutnya dalam keadaan normal, toksin akan dikeluarkan secara teratur melalui sistem perkumuhan. Penyakit terjadi apabila proses perkumuhan tidak optimum dan toksin mula merosakkan organ-organ penting manusia. 

Detoksifikasi (Detox) adalah proses pengeluaran racun dan toksin dari dalam tubuh badan. Proses detox mengambil kira beberapa organ sebagai target pembersihan seperti usus besar dan hati. 


Proses detox adalah proses semulajadi badan. Ia membantu tubuh untuk membuang badan beracun dan tidak berguna dari badan. Proses detox yang sempurna dapat membantu tubuh menyerap nutrien dan zat baru dengan lebih baik. Untuk mengoptimumkan proses detox badan, jom kita ambil tahu waktu-waktu detox ini berlaku secara semulajadi.

Jadual detox semulajadi tubuh

9 malam -11 malam : Detox di bahagian antibodi badan berlaku. Sebaiknya, kita dalam keadaan rehat, tenang dan tidak melakukan kerja kerja berat.

11 malam - 1 pagi : Detox di bahagian hati berlaku. Sebaiknya jangan tidur lewat.

1 pagi -  3 pagi : Detox di bahagian hempedu. Detox di hempedu juga berlaku dalam keadaan kita tidur.

3 pagi - 5 pagi : Detox di bahagian paru-paru. Sering kali kita akan batuk-batuk ketika ini. Ini kerana, detox telah mencapai ke saluran pernafasan. Tak perlu makan ubat batuk kerana proses detox semulajadi sedang berlaku dan khuatir akan bertentangan dengan proses detox pembuangan kotoran ini

5 pagi - 7 pagi : Detox di bahagian usus besar. Jika terasa hendak membuang, jangan di tahan-tahan.

7 pagi - 9 pagi: Selepas proses detox semulajadi berjalan dengan sempurna, waktu inilah proses penyerapan zat makanan di usus kecil. Jadi, amalkan sarapan pagi yang sempurna untuk kecergasan sepanjang hari.

Jika anda memerlukan supplemen untuk membantu melancarkan proses detox badan, produk Shaklee yang terbukti berkesan adalah

-Herb Lax : bertindak sebagai julap lembut bagi membantu proses penyahtinjaan.

-Fiber : dalam bentuk minuman jadi lebih mudah diserap tubuh untuk proses detox yang sempurna dan memberi rasa kenyang bagi yang ingin menguruskan badan.

-DTX Complex :  detox hati

-Alfalfa : membantu pelawasan supaya proses pembuangan lebih mudah dan lancar.

Proses detox yang sempurna sangat penting bagi membolehkan badan menyerap zat makanan, vitamin dan mineral dan kita mendapat khasiat sepenuhnya dari pemakanan harian kita.

credit 



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Set Berpantang, Vitamin Shaklee Untuk Selepas Pembedahan Dan Kelahiran Anak

Set Berpantang, Vitamin Shaklee Untuk Selepas Pembedahan Dan Kelahiran Anak

Ada kawan bertanya saya, vitamin apa yang sesuai untuk someone yang baru lepas buat pembedahan membuang cyst. Seperti yang diketahui  umum, pembedahan membuang cyst akan menyebabkan sedikit luka dan parut di dalam kawasan yg dibedah.

Proses berpantang orang yang baru menjalani pembedahan mungkin sama juga dengan wanita yang sedang berpantang. Sama ada berpantang selepas kelahiran yang normal atau melalui pembedahan. Wanita ini mungkin perlu menghadkan beberapa jenis makanan ~mengikut pantang larang adat~.


Jadi dengan tanggapan terdapat luka dalaman pada kawasan yang dibedah, saya mencadangkan dia untuk menggunakan vitamin-vitamin berikut : yang mengandungi 4 jenis vitamin iaitu Vitalea, Vitamin C, Bcomplex dan Zink Complex.

Jadi combination vitamin ini adalah yang terbaik untuk diamalkan olehnya selepas pembedahan menbuang cyst tersebut.

Apa khasiatnya Set Berpantang ini?


Set Berpantang Selepas Kelahiran Anak

Vitalea :
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, sebagai tambahan kepada mana-mana kekurangan makanan dari badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang atau yang baru menjalani pembedahan kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Vitamin C:
Penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.

BComplex:
membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan tentunya merasa letih dan lesu akibat dari ubat bius dan pain killer yang diberikan. Jadi mereka memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan.

Zinc Complex :
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman, bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan kerana tujuan sebenar makan ikan haruan adalah untuk mendapatkan khasiat zinc.

Pengambilan 4 jenis vitamin di atas ternyata telah memberikan satu kepuasan tak terhingga pada sesiapa yang telah mengambilnya. Saya sendiri sangat berpuashati ketika berpantang anak ketiga saya. Memang dapat dirasai perbezaan yang sangat ketara.


Jom baca discussion tentang produk ini. Sudah ramai yang memilih untuk menggunakan combination produk ini dalam pantang nanti. Ia sangat sesuai untuk ceaserian delivery. Bertenaga dan luka cepat sembuh. Sape yang tak nak sembuh cepat kan??

Anda juga boleh mengikuti tips pemakanan dari entry 4 Jenis Makanan Ibu Berpantang untuk mempercepatkan pemulihan luka pembedahan ini.

Hubungi saya kalau anda nk cepat sembuh masa tempoh berpantang nnt ye :)


Daftar Ahli Shaklee

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424

Atasi 'Period Pain' secara alami

'Period pain' atau senggugut memang salah satu mimpi ngeri bagi setiap wanita yang mengalaminya. 'Period pain' yang disebabkan oleh pengecutan uterus boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berjam-jam lamanya. Bagi 'period pain' yang agak teruk, wanita tersebut berkemungkinan utk mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian perut, keletihan melampau, sakit belakang, muntah-muntah dan cirit birit.



Kalau anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan, the most suggested medication hanyalah ubat tahan sakit. Baca Kesan dan Bahaya Pengambilan Ponstan.

Jadi saya nk kongsikan beberapa tips mengurangkan gejala 'period pain' ini. 

Beberapa hari sebelum anda didatangi menstrual, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut: 

  • Elakkan makanan masin dan beralkohol - ia boleh menyebabkan anda kembung, dan membuatkan 'period pain' anda bertambah buruk.
  • Minum banyak air suam - membantu untuk mengelakkan kekembungan. 
  • Amalkan pemakanan seimbang - banyakkan sayur-sayuran.
  • Elakkan minuman berkafein dan produk tenusu (susu) kerana ia didapati boleh meningkatkan kesakitan 'period pain'.
  • Elakkan tekanan dari orang sekeliling. Ambil lebih banyak masa untuk berehat.
  • Ambil suplemen termasuk seperti kalsium, magnesium, zink dan kalium. Vitamin B Complex juga membantu untuk mengurangkan kekejangan otot.
 Apabila period sudah bermula, dan anda masih terasa sakit walaupun telah membuat persediaan seperti  diatas, diharap idea seperti dibawah dapat membantu.

  • Gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender, untuk mengurut secara lembut bahagian abdomen anda yang sakit. Ini akan membantu anda untuk berehat dan seterusnya membantu meringankan kekejangan.
  • Masukkan air panas ke dalam botol, balut dan jadikan ia seperti tungku. Ini akan  memberikan keselesaan pada perut. Berendam  dalam mandian panas juga boleh membantu.
  • Makan pisang dengan yogurt setiap hari. Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glukosa darah, dan akan mempengaruhi moos anda supaya menjadi lebih baik. 
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau latihan yoga juga boleh membantu.
Di Kedai Triple-S, saya boleh mencadangkan anda mengamalkan Ostematrix dan juga BComplex ketika sedang berdepan dengan kesakitan 'period pain' ini. 
  
 OsteMatrix Membekalkan: 
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang   kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Dan bagi yang telah terlalu lama menderita akibat period pain, suka saya nk suggest pengambilan GLA Complex. Dah ramai yang amalkan GLA memberikan reaksi positif, period pain tidak lagi mengganggu mereka ketika didatangi haid.

Kelebihan GLA COmplex

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel


Semoga membantu!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kesan dan Bahaya Pengambilan Ponstan

Sejak lama dulu, kalau demam, senggugut atau sakit kepala, tentu saja kita akan carik ubat. To be specific memang ramai yang gemar ambil ubat tahan sakit utk mengurangkan gejala kesakitan. Sama juga la macam saya dulu, sakit kepala sket, carik Panadol. Sakit perut pon carik Panadol. Memang Panadol tu sentiasa ada je dalam rumah.



Tapi tahukan anda, ada bahayanya jika terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Sejak saya tahu bahayanya, memang saya sangat menahan diri dari mengambil pil tahan sakit ni. Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya. 

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.



Mari kita lihat apakah risiko, kesan sampingan dan bahayanya pada tubuh badan kita.

Antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang 
(inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Memang banyak efek jangka panjang yg negatif pada pengamal Ponstan. Jadi berhati-hatilah dengan pengambilan Ponstan. Saya akan kongsikan tips hilangkan sakit tanpa Ponstan nanti. Tungguuu!


sumber rujukan : http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/01/ponstan-kesan-sampingan/

Testimonial : Set EuFour Pack Plus

Alhamdulillah, sekarang saya dah ada geng mengepam di opis. Opismet saya ni baru je kembali bekerja minggu lepas. Seronok saya tengok hasil perahan dia..paling kurang pon dia akan dapat 6-8oz per session. Meriah sangat kan. Kalau buat 3 kali pumping, sehari dia boleh collect 24oz!!

Nak tau apa rahsia dia?

Opismet saya ni mengamalkan Set Eu Four Pack Plus setelah melahirkan anaknya. Dia mintak suggestion daripada saya tentang produk mana yang dia perlu ambil. Waktu dalam cuti maternity, dia bagitahu yang dia menghadapi sedikit kesukaran untuk membuat stok sebab anak lelakinya sangat kuat minum.
Setiap kali pam, susu perahan akan habis diminum. Dan ini membuat opismet saya agak stress. Jadi saya cadangkan pada dia set Eu Four Pack since dia memang dh amalkan minum ESP sejak mengandung lagi.

Jom kita baca apa yang dia kongsikan di wall FanPage Kedai Triple S.

 Set Eu Four Pack Plus (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation .

Sebenarnya, kebaikan daripada vitamin-vitamin yang terkandung dalam set ini bukan sahaja bermanfaat utk tujuan breastfeeding. Malah memang terbaik untuk kesihatan keseluruhan ibu. Ibu akan dapati dirinya lebih sihat, mendapat kulit yang lebih cantik, bertenaga sepanjang hari, kurang keguguran rambut dan pelbagai manfaat lagi yang pasti merubah cara hidup si ibu itu sendiri nnt. Saya sendiri boleh nampak aura bahagia dan gembira opismet saya ni apabila dia dapat menyusukan anaknya secara eksklusif. Alhamdulillah.

Kalau anda juga bermasalah ketika berusaha nk buat stok,  jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ye. Seriuosly, sangat berbaloi dengan pelaburan yang anda lakukan.

**saya tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak mengepam susu badan mengikut jadual.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone :0133583424

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Ok, sambungan dan rentetan entry bagaimana nk jadi ahli Shaklee, saya sambung lagi serba sedikit kenapa ramai yang berminat nak jadi ahli Shakle. Apa kelebihan jadi ahli Shaklee ni?

Memang dah ramai yang bermula dengan mencuba dahulu, kemudian serasi dan terus jatuh cinta, lalu ramai lah yang dh mula menjadi ahli Shaklee. Antara keistimewaan menjadi ahli Shaklee adalah :

  1. Boleh beli produk dengan harga ahli. ~memang jauh juga beza harga ahli dan harga retail :)
  2. Nikmati offer bulanan Shaklee ~ setiap bulan Shaklee akan membuat offer terhadap mana-mana produk terpilih, kalau anda memang makan vitamin tersebut bersama-sama dgn ahli keluarga, pembelian melalui offer ni sangatlah berbaloi.
  3. Kumpul points dan tunggu cek/cash anda tiba ~ setiap produk yg anda beli ada pointnya masing-masing. Memang bestlah kan, beli tp dapat balik duit, cash bonus!
Menarik sangat!
Anda tak perlu sebarang pembelian minimum untuk maintain membership..Tapi kalau dah 2-3 tahun tak beli apa-apa.. itu kemungkinan membership akan expired. Jangan risau, anda boleh renew membership anda dgn bayaran RM20 sahaja dimana-mana cawangan Shaklee berhampiran.

Tapi saya percaya bila dah kenal & yakin dengan Shaklee memang tak berpaling dah pada produk lain especially yang kat kedai dan farmasi tu, sebabnya:

  • Shaklee tiada bahan kimia yang berbahaya.
  • Shaklee adalah biodegradable.
  • Shaklee dibuat dari bahan semulajadi & diproses secara semulajadi.
  • Shaklee BUKAN SINTETIK!
  • Shaklee halal dah diyakini.
  • Shaklee natural.
Shaklee sangat menjaga standard dan sangat strict. Shaklee ikut peraturan yang paling ketat, misalnya policy Shaklee lebih ketat dari USDA dan FDA. Walaupun Shaklee adalah supplement tapi ia mengikuti garis panduan FDA bukan sekadar DSHEA. DSHEA tak requires ujian klinikal tapi Shaklee buat ujian klinikal tau!


Berbaloi sangat sebab kita tak ragu-ragu lagi dengan produk yang kita makan ni. Selamat ke tak, Halal ke tak, serasi ke tak, sebab selama lebih dua tahun saya amalkan makan vitamin Shaklee ni, saya memang sangat puas hati. Dapat pulak berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat, Alhamdulillah dapat jugak lah saya merasa cash bonus tu setiap bulan :)

So yang belum jadi ahli lagi tu, jangan ragu-ragu lagi. Jom sign up dengan saya!! :)



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Kesihatan Seksual dan Vitamin E

Tahukah anda, Vitamin E Shaklee juga dikenali sebagai "Sex Food" disamping fungsinya yang baik utk kecantikan kulit, kesihatan jantung,

Psstt psstt : Para suami tak perlukan Viagra atau 'ubat kuat' pun, sebab rahsia sebenar penyelesai masalah kelelakian suami ada terkandung dalam Vitamin E Shaklee.

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. 




Apa yang Vitamin E boleh bantu???

+Lebih tenaga (seksual)
+Ereksi yang lebih lama
+Lebih mudah terangsang
+Libido yang lebih kuat
+Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat.

Bukan sekadar membantu suami, malah isteri juga boleh mendapat manfaatnya dengan menstabilkan hormon si isteri sekaligus meningkatkan citarasa seksual.. maklumlah wanita pon tak kurang juga perlukan bantuan dari segi ini. Dah letih dan stress dengan aktiviti rutin harian, jadi isteri juga perlukan pemangkin yang sama seperti suami. Bila dua-dua dh ambil, insya allah damai lah rumahtangga :)

Ehem..malam ni malam Jumaat eh??


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.  
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Cinch Energy Tea Mix : Untuk tenaga berpanjangan

Selain set-set utk tenaga seperti Set Optimum, dan produk-produk yang mmg terkenal membantu menjana tenaga mcm Ostematrix, Bcomplex, Performance Drink, K3S juga ada menyediakan minuman utk tenaga bagi yg nk cuba pelbagaikan suplemen dalam intake seharian mereka. Kadang-kadang bosan juga telan pil ni kan. Ada juga yang prefer suplemen dalam bentuk minuman. Sambil santai-santai buat kerja atau tengah 'take five', boleh juga sambil hirup air teh ni.

Saya bercadang juga nk amalkan Cinch Energy Tea Mix ni, sebabnya kadang-kadang bila sampai rumah jam 8 malam tu, badan dah mula rasa keletihan walaupun masih mampu bertahan. Ni kira nk bertenaga sepanjang siang dan malan la ni. :) Tahu lah kan, orang perempuan, kerja tak habis di opis saja, kt rumah pon berderet lagi senarai kerja nk kena buat.

So jom saya kongsikan apakah produk tersebut.

Ini lah dia Cinch Energy Tea Mix. Jom kita ketahui faktanya


Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


Bahan-bahan yang terdapat dalam Cinch Energy Tea Mix :

  • Taurine – sejenis asid amoni yang penting untuk fungsi kardiovaskular, pembinaan dan fungsi otot rangka, retina dan sistem saraf pusat.
  • Maltodextrin – polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung
  • ekstrak Rooibos Red Tea –  sejenis herba hanya boleh didapati di rantau gunung Cedarburg Afrika Selatan, juga dikenali sebagai "Teh Ajaib" atau "Teh Sepanjang Hayat"
  • Ekstrak Green Tea  – gabungan antioksida
  • Ekstrak White Tea  –teh yang menjalani pemprosesan paling minimun
  • Matcha Green Tea Powder – teh bergred tertinggi dari Jepun. 
Teh merah, putih, hijau & Matcha dikenali sebagai sumber makanan kesihatan terkemuka di Cina. Ianya telah digunakan sejak berabad lama dalam perubatan tradisional Cina. Antara kebaikan semua teh tersebut adalah. - anti-mikrobial 
- imunostimulan
- anti-karsinogen
anti-radang
- perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular
detoxifiers 
- penjana tenaga dan kehilangan lemak

credit gambar : vitaminsemulajadi.net


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787