Zinc Complex GLUTEN-FREE : Inisiatif Shaklee Dalam Memberikan Hanya Yang Terbaik

FORMULA BARU ZINC COMPLEX

SMS terbaru yang saya terima dari pihak Shaklee. Kali ni pihak Shaklee maklumkan bahawa formula Zinc Complex telah pun diperbaharui dan kini ianya 'Gluten-Free'. Inilah antara perkara yang memang saya suka apabila terjebak dengan Shaklee.

Pihak Shaklee memang sentiasa melakukan Research & Development (R&D) dan sentiasa memperbaiki mutu dan kualiti produk mereka. Dan mereka memang tak lokek untuk membelanjakan jumlah yang besar untuk tujuan R&D ini.




Jom kita lihat, mengapa pihak Shaklee tampil dengan penambahbaikan ini.

Formula lama Zinc Complex mengandungi 'roasted barley powder' dan 'alfalfa powder'.

Menurut About.com;
Barley is one of the three primary gluten-based grains. Therefore, in almost all cases, foods made with barley will contain the gluten protein, and people following a gluten-free diet will need to avoid them.
Apakah yg dimaksudkan dengan GLUTEN?

Gluten adalah protin lekit apabila kanji dikeluarkan dari tepung. 

Jom tengok keratan video ini untuk lebih memudahkan pemahaman kita tentang GLUTEN.



Terdapat sebilangan orang yg alah kepada gluten. Alahan atau intoleransi terhadap gluten adalah tindakbalas imun pada usus. Alahan gluten pada kanak-kanak boleh berlaku sebaik saja mereka mengambil makanan bijirin untuk kali pertama, biasanya ketika berumur 6 bulan atau setelah mereka mula bersekolah atau bila mereka dewasa.

Jika kanak-kanak mengalami cirit-birit dan kembung perut yang kronik, kurang selera makan dan sukar menambah berat badan mereka mungkin menghidap penyakit coeliac (sistem imun bertindak-balas luar biasa terhadap gluten).

Penyakit coeliac menyebabkan keradangan pada usus yang merosakkan lapisan villi yang berupa seperti rerambut halus yang berfungsi menyerap zat makanan.

Dan antara kesan alergi gluten menyebabkan mereka, termasuk golongan dewasa mengalami;

- gatal gatal
- batuk
- ruam
- cirit birit


Organ-organ lain seperti kulit, sistem saraf, buah pinggang, jantung dan hati juga boleh dijangkiti. 

Oleh itu, pihak Shaklee mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk Gluten-Free untuk memastikan semua orang boleh ambil produk Shaklee tanpa ragu.


Selain Zinc Complex (terbaru), antara produk Shaklee yang Gluten-Free adalah;


Alfafa Complex
Energizing Soy Protein
Garlic Complex
GLA Complex
Herblax
Joint Health Complex
Lecithin
DTX Complex
Meal Shakes
NutriFeron
OmegaGuard
Ostematrix
Performance
Sustained Release C 500 mg
Vita-C Chewable,
Vita-E Complex
Vita-Lea
Vivix

Nampak macam simple saja kan. Tapi walaupun peratusannya kurang, Shaklee memang telah mengambl langkah yang besar agar produk yang mereka hasilkan boleh dimakan dengan selamat oleh semua orang.

Antara manfaat Zinc Complex, vitamin yang murah harganya ini adalah;

- mempercepat pemulihan luka
- mengelak pembentukan sel kanser
- menyembuhkan jerawat
- membantu penghasilan sperma
- mengatasi masalah kelesuan
- mencegah keguguran rambut

Zinc Complex biasanya didapti di dalam Set Berpantang Moden Shaklee, Set Kesuburan Suami Isteri, Set Selepas Pembedahan, dan Set Kesihatan Rambut.



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head




Tips Cepat Pulih Luka Melecur

Tau tak gambar apa ni?

Golongan mak-mak maybe tahu dan selalu kena :)

Anda wajib simpan sebotol Basic H dirumah, KLIK SINI UNTUK ORDER


Ini adalah kesan dari pada terkena benda panas. Biasanya mak-mak orang ni akan terkena letupan kecil minyak waktu tengah menggoreng ikan atau ayam (atau apajuga lah makanan yang boleh hasilkan letupan).
Antara kes lain, mak-mak terkena hujung kuali atau periuk sewaktu nak alihkannya ke sinki.

Sakit? Of course lah kan!

Apakah tindakan refleks kaum ibu sewaktu berdepan dengan kejadian macam ni? Care to share?
Ada macam-maca petua yang saya pernah baca untuk tindakan pantas rawatan terkena letupan minyak panas atau air panas. Contohnya rawat dengan telur mentah, rawat dengan serbuk kopi, rawat dengan kicap, dan sebagainya. Tetapi adakah ia benar-benar berkesan dan selamat diaplikasikan?

Ini adalah sedikit panduan dari buku Instant Health Answers (Reader's Digest), tentang cara yang selamat untuk dilakukan bagi menghadapi detik-detik cemas terkena letupan minyak panas, air panas atau peralatan panas

Langkah pantas yang boleh diambil jika berdepan dengan situasi terkena minyak /  air panas

Kalau dulu, tindakan refleks saya adalah, akan terus alirkan air paip ke kawasan yang terkena percikan minyak atau terkena kuali/periuk panas. Buat sementara waktu, memang akan terasa perit sedikit. Bila dialirkan dengan air, kulit yang terbakar akan segera rasa sejuk. Ianya memang melegakan.

Dan kini, sekadar sebagai perkongsian bersama. Dengan pantas tangan saya akan capai botol Basic H yang memang sentiasa ada di sinki, saya titikkan kedalam secawan air, lalu saya alirkan ke tempat yang terkena minyak panas tu.

Kebiasaanya utk letupan minyak yang kecil, ia takkan meninggalkan apa-apa kesan melecur setelah saya alirkan air Basic H ni. Tetapi untuk kejadian terbaru, lengan saya terkena periuk nasi yang panas dan besar juga kawasan yang terkena. Jadilah seperti gambar kt atas tu. Menggelembung dan mula berair hanya selepas 5minit kejadian.

Saya hanya biarkan gelembung tersebut pecah sendiri. Walaupun agak pedih sedikit apabila hendak mengambil wudhu, terpaksalah tahan. Untuk menghilangkan parut yang bakal ditinggalkan oleh kesan melecur ni, saya sapukan sedikit Vitamin E, dan kini lengan saya dalam proses pemulihan.

Dan untuk mendapatkan kembali kulit asal tanpa parut, adakah possible? Kita nantikan kesannya selepas beberapa ketika nanti yer. 

Bagaimana Basic H berfungsi dengan baik untuk kesan melecur?

Basic H tidak memedihkan walaupun digunakan pada kepekatan sebenar, dan Basic H mempunya bacaan pH yang sama seperti kulit manusia (6.5).


Basic H boleh 'menyejukkan' kawasan melecur daripada 'terbakar' dan menjadi lebih teruk, dan ia mengurangkan kesakitan. Pastikan kawasan yang sudah terluka dielakkan daripada terkena sabun atau bahan-bahan pencuci yang mempunyai bahagian kimia kerana ia akan melambatkan pemulihan luka melecur tadi.

Dan peringatan untuk pembaca, tentu sekali pihak Shaklee tidak mengeluarkan statement tentang fungsi Basic H untuk tujuan ini, ini hanya sekadar perkongsian peribadi saya ye. 

Baca lagi tentang Basic H

Jom baca sikit tentang sejarah Basic H. Saya tak translate yer :)

History
One of Shaklee's most famous products, Basic-H, was launched in 1960. It was the first environmentally safe cleaner on the market, later to become an official Earth Day product. But the birth of Basic-H was literally by accident.

George Spunt, in the book, "When Nature Speaks: The Life of Forrest C. Shaklee Sr." explains:
"One night when Dr. Shaklee was engaged in processing a certain oil, the gears of the machine suddenly became cross meshed, breaking the gears, and spilling some of the oil. In examining them, Dr. Shaklee found his hands coated with an oily substance. He discovered upon wiping his hands with a paper towel, that he removed all the grime caused by touching the broken gear, leaving his hands perfectly clean.

Without any specific purpose in mind at that point, he recorded the formula of the substance for future possible use.
Later tests showed the substance was biodegradable and in harmony with nature. When asked what to call it, Dr. Shaklee replied, well it's a good hand cleaner and it's made from basic oils, why not call it Basic-H?"
Since then Basic-H has been used to clean surfaces in spacecrafts and submarines and for 1,001 cleaning jobs by millions of people right here on Earth. Today, it's still an amazing and unbeatable cleaner, and the flagship of Shaklee's line of environmentally friendly household cleaning and laundry products.

NASA took Basic-H to the moon on one of the Apollo missions and washed down space capsule at Cape Canaveral and instrument panels. Named an official Earth Day product in 1990.
Sumber : Shaklee Cleaners

By the way, saya nak kongsi juga bagaimana seorang wanita dewasa memulihkan kulit wajahnya yang berparut akibat diserang demam campak. Memang bukan mudah nak hilangkan parut, namun beliau berjaya.

Jom hayati apa tips beliau.



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424



Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



10 Cara Paling Mudah Bakar 500 Kalori Tanpa Perlu Berlapar

KURUS DENGAN CEPAT..

Ini memang expectation paling glamor bagi golongan yang mahu kurus.
Kalau anda lihat iklan 'Turun 5kg dalam masa 1 minggu', adakah ia benar-benar berlaku? Atau ia sekadar mahu melariskan servis atau produk yang dijual?

Sebenarnya KURUS CEPAT tiada dalam kamus diet cara sihat. Ini kerana penjagaan berat badan ideal sebenarnya merangkumi banyak lagi aspek berkaitan seperti ;
  • Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang kecil
  • Pemilihan jenis makanan yang sihat (rendah lemak & kurang gula) setiap kali kita makan
  • Pengambilan serat yang tinggi
Salah satu cara asas dan paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kalori yang masuk ke dalam tubuh kita. Tetapi berapa banyakkah kalori yang kita perlu bakar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan?

Jadi jika anda boleh mengurangkan jumlah hidangan disamping senaman yang sesuai, tak mustahil kita boleh bakar 500kalori setiap hari. Dan advantage kepada para ibu menyusu, anda memang telah berjaya membakar lebihkurang 500kalori setiap hari dengan aktiviti penyusuan bayi anda. So kalau boleh, susukan lah anak anda selama yang mungkin :)

Jadi, jom kita cuba tips berikut!

10 Cara Paling Mudah Bakar 500 Kalori Tanpa Perlu Berlapar.



1. GERAKKAN KAKI
Cubalah berjalan setiap kali anda menjawab panggilan telefon, turun naik tangga pejabat, parking agak jauh dari destinasi anda (supaya boleh berjalan) dan pelbagai cara lain. Cara ini boleh membantu anda mendapatkan badan yang langsing dalam masa yang singkat.

2. JANGAN MAKAN DEPAN TV
Terdapat kajian mengatakan apabila kita makan sambil menonton, ia akan menambah kepada 288 kalori. Jadi makanlah dimeja makan ye.

3. GUNAKAN PINGGAN YANG LEBIH KECIL
Jika anda menggunakan pinggan yang besar, anda akan terdorong untuk mengambil banyak makanan dan lauk dan memastikan semua makanan ada dalam pinggan anda (lebih-lebih lagi kalau makan stail buffet). Jadi selepas ini, gunakan pinggan yang lebih kecil kerana ia akan membuatkan makan berkurangan sebanyak 20% - 25 %

4. KURANGKAN MINYAK TERSEMBUNYI
Mengukus, merebus atau memanggang akan menjimatkan 124 kalori bagi setiap sudu besar minyak. Jadi kurangkan makanan bergoreng ye

5. BEKAS KECIL UNTUK SNEK
Jangan sesekali makan snek dari bekas atau kotak asal kerana ia akan membuatkan anda makan sehingga habis. Jadi letakkan snek anda didalam bekas kecil, dan nikmati apa yang ada dalam bekas kecil itu sahaja.

6. KURANGKAN HIASAN SALAD
Memang salad baik untuk kesihatan, tapi terlal banyak iasan salad seperti keju, kacang atau buah-buahan kering akan menambahkan kalori salad tersebut.

7. MULAKAN HARI ANDA DENGAN SARAPAN YANG SIHAT
Setiap kali bersarapan, anda akan mengambil 800kalori atau lebih. Untuk menjimatkan 518kalori, cubalah bersarapan dengan oat atau hirisan pisang dengan kopi.

8. TIDUR YANG CUKUP
Kurang tidur boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar. Pastikan anda cukup tidur.

9. KURANGKAN MINUMAN MANIS
Jus buah-buahan yang dicampur dengan gula mempunyai 400kalori. Jadi ambillah jus buah tanpa gula tambahan

10. BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG
Jangan makan sehingga perut anda penuh. Dengarlah isyarat badan bukan melicinkan makanan di dalam periuk!!

Simple je kan tips ni, dan insya allah kalau kita mampu berdisiplin mengikut semua tips tertera, tak mustahil berat badan idaman akan kita dapat dalam tempoh masa yang lebih cepat dari biasa.

Jika anda mahukan alternatif sarapan sihat, mahukan pembakar lemak yang selamat dan banyak manfaat tambahan, saya akan kongsikannya kemudian.

Jadi saya ucapkan GOOD LUCK pada anda semua yang sedang mengawal berat badan dan yang sedang berusaha mendapatkan tubuh yang langsing!

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424




Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Konvoi Berbasikal Hari Wilayah : Medan Mempromosi Shaklee.

Malam tadi, sambil membelek-belek majalah kegemaran saya iaitu iSihat, terjumpa pulak dengan artikel tentang Konvoi Berbasikal Hari Wilayah yang pernah kami sertai dulu. Hari di mana saya dan beberapa anak didik dari RichFamily berkampung setengah hari di Putrajaya.

Tetapi kami berada di sana bukan untuk berbasikal tetapi untuk membuka booth dan memperkenalkan produk Shaklee kepada umum. Jom tengok sedikit sedutan video dari majalah iSihat.



Boleh juga baca di entry saya sebelum ini ; Kami Bangga Memperkenalkan Shaklee Kepada Umum.


Konvoi berbasikal yang disertai lebih 6000 orang peserta, ianya sesuatu yang amat membanggakan kerana sememangnya ramai rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan beriadah dan melakukan senaman.

Cuaca pula memang sangat baik diwaktu pagi, dan bertukar menjadi sangat terik menjelang tengahari. Inilah waktu terbaik untuk kita bancuh satu tumbler air Performance.. Dalam perubahan suhu dan cuaca yang mendadak macamni lah biasanya kita boleh lihat ramai orang mula kelihatan sangat dahaga dan keletihan.
Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk mengelakkan tubuh badan kita terasa dehydrate dan dahaga terlampau

Apa yang membezakan Performance Orange dari minuman tenaga yang lain?

Yang paling obvious jika anda bandingkan Performance dengan 100 Plus, tentunya Performance tidak berkarbonat. Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.
Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.
Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.
Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Salah satu formula dari The Shaklee Difference bagi Performance ialah formla Opti-Lyte.

Jom minum Performance untuk tubuh yang cergas bertenaga ; UNTUK ORDER KLIK SINI 

The Shaklee Difference : Formula OPTI-LYTE

OptiLyte adalah campuran saintifik elektrolit untuk menyokong tahap penghidratan optimum. Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum. 

Gabungan karbohidrat yang dimaksudkan (dulu dikenali sebagai formula OptiCarb), termasuk glukosa, fruktosa dan maltodekstrin. Glukosa dan fruktosa adalah karbohidrat ringkas untuk penyerapan yang cepat. Maltodekstrin adalah karbohidrat yang lebih kompleks yang direka untuk memanjangkan penyerapan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan.  

Dan tahukah anda bahawa Performance juga mampu membantu semua golongan untuk berpuasa dengan ceria. Dah banyak testimoni peribadi mengatakan mereka kurang merasa dahaga apabila berbuka dan bersahur dengan Performance Orange ini.

Wahhh memang menarik sangat. 

Sebab itulah kami ni tak henti-henti menyebarkan dan berkongsi kebaikan tentang produk Shaklee. Ini baru satu yang saya kaitkan dengan aktiviti aktif (outdoor), ada banyak lagi yang sesuai dan akan saya kongsikan kemudian.

Jika anda berhajat dan amalkan Performance Orange ketika Ramadhan nanti, jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi dan order ok.

Harga (RRP) Performance Drink (539gram) : RM82.50
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424




Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head





Siri Sindiket Sukses No.1 Bukti Kami Komited Membantu Anda Berjaya

Alhamdulillah, inilah logo baru rasmi bagi empayar bisnes Shaklee kami. Kami (saya dan suami) memilih tema yang simple, menggunakan hanya dua warna iaitu pink dan hijau (warna feveret saya dan warna Shaklee), dan ianya lengkap dengan moto empayar RichFamily iaitu SAY YES TO ALL CHANCES, juga nama siri kelas yang bakal kami jalankan sepanjang tahun nanti iaitu Sindiket Sukses.

Kena ada ke benda-benda macam ni kalau nak berShaklee?

Ia adalah pilihan. Nak ada atau tak, terpulang. Dan kami pilih untuk ada, sebab ia adalah lambang kebanggaan dan kejayaan yang wajib kami raikan dalam bisnes Shaklee kami :)

Siri Sindiket Sukses No.1 Bukti Kami Komited Membantu Anda Berjaya

Alhamdulillah, Sindiket Sukses kali pertama telah pun diadakan di rumah tamu kami di Puncak Alam pada hari Ahad lepas. Ianya khas untuk para Newbies yang baru menyertai kami dalam tempoh 1-6bulan. Matlamat kami, tak lain tak bukan adalah untuk menyampaikan dan menyedarkan ahli-ahli RichFamily tentang peluang yang Shaklee offer kepada setiap SID nya.

Memang dah untung dah masuk member Shaklee, sebab mereka akan dapat benefit-benefit ini:
-Belian produk pada harga ahli (20% off dari harga retail)
-Penjimatan masa dan tenaga dari nk survey harga dari sorang SID ke SID lain
-Kebarangkalian dapat bonus terpijak setiap tengah bulan. Ye lah, makan sendiri pun kalau cukup point, Shaklee akan bagi juga bonus tu.

Tapi lagi untung kalau mereka ni dapat extra benefit seperti dibawah;
-Memulakan home-based business berdasarkan produk yang cukup terkenal dan selamat digunakan oleh seisi keluarga.
-Dapat jana extra side income 2-3-4-5-6 angka mengikut pilihan dan kesanggupan masing-masing.
-Dapat peluang mengikuti trip umrah ziarah secara percuma, atau dapat mengembara dan melihat negara luar melalui trip-trip international yang pihak Shaklee sediakan, reward bersyarat la ni.
-Dapat peluang tukar kereta baru! Shaklee tak bagi sebiji kereta pun, insya allah dalam Sindiket Sukses Series ni ada saya explain lebih lanjut.

Sedikit gambar sepanjang kelas kami.

Antara intipati yang saya kongsikan bersama mereka adalah;
-Shaklee Opportunities
-The 6 Steps
-Product Knowledges.

Hanya topik-topik asas bagi newbies. Insya allah next class kita akan share lebih info agar mereka dapat memanfaatkannya untuk perjalanan empayar bisnes masing-masing nanti.



Sedikit facility yang dapat kami sediakan buat masa ini

Ibu-ibu khusyuk belajar, anak-anak pula dengan aktiviti tersendiri
Sedikit perkongsian dari kacamata seorang suami
Saya berusaha berkongsi agar anak didik saya dapat rasa apa yang saya dah rasa dengan Shaklee
Rumah kami yang baru sahaja siap ini, memang kami khaskan untuk membuat sebarang perjumpaan group, samada kelas, majlis makan-makan dan sebagainya. Mungkin inilah langkah pertama kami sebelum mula membuka pusat training pulak. Kita impikan dan bayangkan dulu lah. Dan sebolehnya kami mahu memberikan peluang anda datang ke kelas secara PERCUMA. Kalau buat kelas di hotel atau pusat training mungkin terpaksa dikenakan sedikit bayaran nanti.


Rumah ni jauh sikitlah dari bandar tapi syukur Alhamdulillah, si pengejar ilmu masih sanggup datang demi setitis ilmu. Bak kata mentor saya, tempoh perjalanan jauh seperti ini boleh kita kategorikan seperti bermusafir. Ambil kesempatan ketika bermusafir untuk berdoa sebanyaknya.

"Tiga orang yang doanya pasti dikabul; doa orang yg teraniaya, doa seorang MUSAFIR dan doa orang tua terhadap anaknya." [HR Abu Daud]



Alhamdulillah, TAHNIAH pada semua yang berjaya hadir. You all make it happened!
Kita jumpe di Sindiket Sukses Series yang seterusnya nanti. See you at the top!



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







3 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Buat Duit Dengan Shaklee

Jika anda dah excited sangat nak join jadi ahli Shaklee, dan excited nak mula berbisnes Shaklee bila tengok para SID dok canang betapa bestnya bisnes ni.. anda wajib baca dulu entry saya kali ni. Tidak dinafikan disebalik semua kegembiraan mereka (SID) berkongsi tentang empayar bisnes masing-masing, ada juga sebahagian ahli baru yang mula kecewa apabila apa yang mereka harapkan, tidak tercapai. Dimanakah silapnya, kenapa mereka kecewa ketika SID lain sedang gembira?

Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Buat Duit Dengan Shaklee

1. Over-expectation.
Tahukah anda mereka yang kecewa adalah tergolong dari mereka yang 'over-expect' tentang bisnes Shaklee. Sebaik mendengar Shaklee adalah MLM, mereka mula expect ia adalah skim cepat kaya.
Wow, kalau dah nama skim cepat kaya, boleh la jadi kaya cepat.

Oh tidak. Bisnes Shaklee adalah umpama kita membuka sebuah ladang. Prosesnya panjang, kerjanya banyak dan kadangkala letihnya menguruskan ladang ni. Perlukan kudrat, perlukan semangat, perlukan modal hati, perlukan modal masa, perlukan pengorbanan dan kesungguhan. Kalau tak cukup satu elemen, mungkin bisnes anda akan kandas ditengah jalan, tak pun terkandas sebaik sahaja ia bermula.

Bayangkan anda menanam benih buah anggur diladang anda. Bermula dari proses memilih benih, membuat batas, menanam benih, menyiram, membaja, memastikan tiada ulat makan pucuk-pucuk yang baru tumbuh dan apabila buah mula berbuah, anda perlu juga pastikan tiada serangga datang merosakkannya. Kebun yang dijaga dengan baik, barulah mula menghasilkan buah anggur yang banyak dan lazat.

Jadi, adakah anda expect bisnes Shaklee, bisnes yang membuatkan anda cepat kaya dalam masa 2 bulan?
Saya kaya dalam masa 2 tahun, alhamdulillah just nice ikut expectation saya )


2. Tak Sanggup Berkorban.
Jika anda suka menghabiskan masa  menonton sinetron, menonton rancangan nyanyian realiti, ataupun suka tidur lebih 9jam sehari dan tidak bersedia meninggalkan habit ini walaupun untuk sejam, mungkin anda juga tergolong dalam kategori tak boleh buat duit dengan Shaklee.

Antara pengorbanan besar yang para jutawan Shaklee telah lakukan adalah pengorbanan masa. Mereka sanggup tidak menonton tv, sanggup mengurangkan masa tidur, sanggup mengurangkan masa melayan Newsfeed Facebook demi melebihkan masa membuat sesuatu berkaitan Shaklee. Waktu-waktu inilah mereka gunakan untuk menggali informasi tersedia di business secret group masing-masing, belajar tentang produk dan vitamin, belajar membuat blog, belajar membuat softselling dan sebagainya. Mereka menganggap aktiviti-aktiviti ini sebagai pembunuh masa kerana masa akan berlalu sia-sia tanpa ada sebarang hasil.



3. Suka Menunggu.
Jika anda sukakan kesempurnaan, dan mahu semuanya sempurna baru mahu bermula.
Tunggu anak besar, tunggu pandai bawak kereta, tunggu ada modal, tunggu projek besar di tempat kerja selesai, tunggu ada MacBook Pro, tunggu ada iPhone atau smartphone canggih yang lain, tunggu pindah rumah yang dekat dengan cawangan Shaklee, tunggu itu dan ini, maka anda juga boleh teruskan menunggu sedangkan orang lain dah mula mengecap hasil dan bonus melalui Shaklee sejak lama dulu.

Bisnes Shaklee adalah berkenaan kebolehan kita merebut peluang yang sampai depan mata, dan kebolehan kita beradaptasi dengan segala kekurangan yang kita ada untuk terus maju. Kalau mahu tunggu anak besar, anak umur 1 tahun, tiba-tiba tak sengaja kita mengandung lagi.. nanti anak kedua baru pandai berjalan, termengandung lagi. Jadi, bila pulak anak kita tu nak besar kan? Kecik sokmo la.

Saya sendiri bermula sejak umur anak ketiga saya 3bulan. Dalam masa yang saya saya mempunyai anak berumur 4tahun dan 2tahun. Semuanya masih kecil ketika itu. Tapi saya tak mahu menunggu sebab Allah telah ilhamkan saya untuk mencari seorang mentor Shaklee, maka saya terus mengambil kesempatan ini untuk belajar bersungguh-sungguh tentang bisnes Shaklee.



Ok cukup 3 points sahaja.
Jika anda tergolong dalam 3 jenis yang saya senaraikan ni, terus terang saya katakan, jika anda join jugak untuk berbisnes, peratus kejayaan anda adalah rendah! Jadi, saya nasihatkan anda untuk motivate diri, cari push factor dan buat istikharah sebelum anda approach mana-mana mentor Shaklee, dan sebelum anda diistilahkan menipu upline! hehe

Tapi kalau anda sedang mencari mentor untuk membimbing anda cara makan vitamin dengan baik, anda boleh cari saya. Saya sudi mendaftarkan anda masuk ke empayar RichFamily dan saya akan guide pengambilan vitamin untuk anda dan keluarga.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Ikuti 14 Tips Cepat Hamil Jika Anda Memang Tak Sabar Nak Cium Bau Baby

Assalamualaiku.

Kali ni saya nak share tentang Tips Cepat Hamil yang boleh anda cuba dan lakukan dengan rutin dalam proses anda dan pasangan untuk hamil. Iringi tips cepat hamil ini dengan doa juga ya ....

Vitamin Ibu Hamil Vitamin Kesuburan



1. Posisi ketika melakukan hubungan seks: 
Tidak semua posisi bercinta boleh memberi peluang yang sama untuk terjadinya persenyawaan . Kedudukan yang paling membolehkan agar sperma boleh berenang melintasi rongga rahim menuju saluran falopio yang ada di seberang rahim adalah kedudukan mubaligh . ( Suami diatas )

2. Berbaring dulu : 
" Satu nasihat yang bagus untuk berbaring selama 10 - 15 minit selepas seks , tetapi anda tidak perlu mengangkat kedua kaki, " kata James Goldfarb , MD, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland,

3. Nikmati seks: 
Mulakan menikmati hubungan seks tidak sebagai usaha untuk berhasil tapi juga kerana anda berdua menikmati dan selesa melakukannya.

4. Frekuensi hubungan seks : 
Idealnya adalah kira-kira 2-3 kali seminggu

5. Catat masa subur : 
Bagi anda yang kitaran haidnya teratur akan lebih mudah mengira masa subur . Bagi wanita dengan kitaran haid rutin 28 hari, kira hari ke- 12 dan pada bila-bila hari sehingga hari ke 16. Bermula dari hari pertama haid ya

 6. Ukur suhu basal tubuh : 
Suhu tubuh yang normal antara 35.5 - 36 darjah celcius. Pada masa ovulasi , suhu badan akan turun lalu naik menjadi 37 - 38 darjah.

7. Ujian kesuburan :
Gunakan kit UPT (urine pregnancy test) iaitu alat pengira masa subur yang dijual di farmasi. Alat ini akan mengukur kadar hormon LH pada air kencing yang biasanya berlaku sebelum ovulasi. Waku yang paling tepat untuk melakukan ujian kesuburan adalah pada waktu pagi.

8. Gaya hidup sihat:
Banyak kajian membuktikan bahawa merokok boleh mengurangkan kesuburan. Kebiasaan merokok mengakibatkan saluran telur tersumbat sehingga perjalanan sperma bertemu sel telur terbantut.

Gaya hidup lain yang patut anda elakkan adalah pemakaian ubat- ubatan secara sembarangan serta minuman beralkohol secara berlebihan.

9. Senaman dan olahraga
Jika anda ingin hamil, kerapkan sesi senaman anda. Contohnya pergi berjalan kaki tiga kali seminggu selama 30 minit.

10. Jaga berat badan 
Miliki berat badan ideal sesuai dengan body mass index (BMI). Berat badan berlebiha menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

11. Cek Lendir : 
Jika terdapat cecair serviks (cervical mucus) di faraj anda , itu petanda anda berada dalam puncak masa subur dan menjadi masa yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks.

12. Jauhi pelincir
Pelincir mengandungi komponen -komponen yang boleh merosakkan sperma dan ia tidak digalakkan untuk pasangan yang ingin mempunyai anak menggunakannya.

13. Rileks dan bebas stress
Cuba sedaya upaya untuk kekal dalam keadaan gembira dan bebas stress. Hati yang gembira akan mengurangkan stres dan akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

14. Segera berjumpa doktor! 
Jika kita sudah cuba cadangan-cadangan di atas namun selepas 1 - 2 tahun masih belum berjaya untuk hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan.

--------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin anda juga mahu tahu  jika Shaklee ada produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan para pasangan suami isteri.

Antaa yang disyorkan ialah:

Lelaki:
Vitamin E
Zinc Complex
CoqHealth Plus

Wanita:
GLA Complex
BComplex
ESP
Afalfa

Dapatkan konsultasi lengkap tentang fungsi setiap satu produk dan cara pengambilan selepas pembelian dari Distributor Shaklee Terbaik anda seperti dibawah.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head