Saya berkongsi kebaikan produk Shaklee secara online melalui blog ini. Saya menjual pelbagai rangkaian set yang sesuai mengikut keperluan anda, seperti Set Breastfeeding, Set Hamil, Set Berpantang. Set untuk pengawalan berat badan juga, sama ada Set Slimming atau Set Naik Berat Badan. Khas untuk wanita, Set Kecantikan Kulit dan Set Feminin. Begitu juga set vitamin untuk kanak-kanak yg sedang membesar. Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan juga penghantaran percuma (T&C apply)
Senarai Saluran Bantuan Untuk Mangsa Banjir
Sumbangan Dana Untuk Bekalan Air Bersih Kepada Mangsa Banjir
Assalamualaikum.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Keadaan banjir terkini di Pantai Timur benar-benar mendesak. Ramai mangsa terperangkap dan masih berjuang untuk menyelamatkan diri.
Salah satu cabaran mangsa mangsa banjir ialah mendapatkan bekalan air bersih untuk diminum. Malah kita sudah mendengar mangsa terpaksa masak air lumpur untuk diminum akibat tiada pilihan.
Air yang kotor apatah lagi digunakan sebagai minuman akan meningkatkan risiko mereka dijangkiti penyakit dan dengan mudah diserang cirit birit.
Maka dengan ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh membantu mangsa banjir ini mendapat air bersih melalui penggunaan Water Pitcher, sejenis penapis air mudah alih.
Penggunaan water pitcher ini sangat praktikal di dalam keadaan emergency seperti sekarang.
Air yang ditapis boleh digunakan untuk membancuh susu anak anak dan diminum oleh semua golongan.
Saya ingin memohon sumbangan dana dari sesiapa sahaja yang membaca post ini agar pihak kami dapat membelikan Water Pitcher ini dan diberikan pada mangsa mangsa banjir di Pantai Timur.
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam no akaun didalam gambar. Kami mensasarkan pembelian 100 (atau lebih) water pitcher untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Semoga dengan sedikit sumbangan dan usaha kita bersama memberikan makna yang besar kepada mereka.
Doakan juga keadaan banjir segera pulih.
Sebar sebarkan usaha ini kepada orang lain juga.
Sekian terima kasih.
#prayforPantaiTimur.
5 Cara Tingkatkan Keintiman Suami Isteri Walaupun Dah Punya Anak
TIADA GHAIRAH SEKSUAL SETELAH ADA ANAK
Jangan nak sangkal kalau saya kata masalah kurang ghairah seks adalah antara masalah besar suami isteri yang dah ada anak. Ramai pasangan yang menghadapi masalah ini, tapi tak tahu nak rujuk pada siapa, malah selalunya malu nak mulakan bicara tentang cara penyelesaiannya. Nak jumpa kaunselor apatah lagi.
Menurut satu artikel yang ditulis oleh penasihat keluarga di Colorado, salah satu alasan paling kerap diterima 'kami mempunyai anak'. Anak menjadi punca kesukaran suami isteri ini mencipta keghairahan.
Kebiasaannya isteri akan menjadi terlalu sibuk menguruskan hal ehwal keluarga, terutama sekali jika mereka adalah ibu berkerjaya. Pagi hingga petang sibuk di tempat kerja, pulang ke rumah terus menggalas tanggungjawab menguruskan keluarga.
Memasak, urusan rumah, keperluan anak dan suami sehingga mereka tiada masa untuk diri sendiri. Anak pula, sejak pulang rumah asyik hendak melekat sahaja dengan ibunya. Dek terlalu penat, dapat sahaja bantal, si isteri terus tenggelam dalam dunia sendiri. Hanya ini masa yang ada untuk berehat.
Begitu juga dengan sang suami, adakalanya bebanan kerja yang terlalu berat menghilangkan fokus mereka untuk keintiman seksual. Yang mereka tahu, balik rumah aku mahu tidur sahaja.
KEINTIMAN SEKSUAL PENTING DALAM RUMAHTANGGA
5 Cara Tingkatkan Keintiman Suami Isteri Walaupun Dah Punya Anak
Nota cinta yang membuat pasangan semakin rindukan anda |
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ اِمْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا اَلْمَلآئِكَةُ حَتىَّ تُصْبِحَInilah satu perkara yang paling ditakuti. Anda boleh mengatasi masalah letih dengan mengamalkan pemakanan yang baik.
“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri enggan sehingga suami marah pada malam harinya, malaikat melaknat sang isteri sampai waktu subuh.” (HR. Bukhari: 11/14)
Minum susu atau ambil pil kalsium sebelum tidur untuk rasa bertenaga serta ambil kapsul Vitamin E agar libido sentiasa berada di paras yang baik. Anda boleh pastikan kedua-duanya sekali mengamalkan cara pemakanan yang sama.
Kehidupan lazim pasangan suami isteri memang akan berubah seiring dengan penambahan ahli keluarga, namun kualiti masa intim suami isteri sepatutnya tidak berubah terlalu drastik.
Jangan biarkan kepenatan membelenggu malam anda |
Semoga 5 tips ringkas ini membantu anda mengembalikan ghairah seks anda dengan pasangan. Prestasi suami dalam kerjaya juga selalu dikaitkan dengan kepuasannya dalam hubungan cinta bersama isteri.
Kongsikan tips ini jika ianya bermanfaat. :)
3 Rahsia Kulit Cantik Berseri Tanpa Make Up
Cantik sangat kulit dia. Kalau tengok berdepan, SUBHANALLAH, indah dan sangat cantik ciptaanNya.
Kami tidak menggunakan model artis untuk membuktikan produk kecantikan Shaklee memang diakui berkesan. Kami hanya melihat kesan-kesannya melalui pengguna-pengguna tegar vitamin Shaklee. Salah seorang darinya adalah Puan Sarah sendiri.
Saya pinjam gambar profile Puan Sarah dari Whatsapp beliau. Mungkin hanya menggunakan kamera dari smartphone saja, bukan kamera canggih. Anda faham kan maksud saya. Gambar kulit yang cantik ini tidak di edit. Dan Puan Sarah tidak mengenakan make up yang tebal setiap kali saya berjumpa beliau di kelas nutrisi.
Pandang sekali tidak puas, mesti nak pandang lagi kulit beliau yang bersih dan cerah, tanpa jerawat apatah lagi parut, putih kemerah-merahan dan sangat adorable. Alhamdulillah, mungkin berkat pengambilan vitamin untuk kecantikan, amalkan pemakanan yang sihat dan rutin penjagaan kulit luaran yang konsisten.
Kalau masih tak percaya, tolonglah singgah ke pejabat Shaklee HQ dekat The Pinacle.
Jumpa Puan Sarah, dan anda pasti akan angguk-angguk terpegun lihat kecantikan kulit beliau :)
JANGAN TENGOK SAJA, JOM TIRU MACAM SARAH
Baru saja sekejap tadi saya berWhatsapp dengan Puan Sarah bertanyakan RAHSIA kulit cantik berseri beliau.
Ini antara sedikit screenshot yang kami bincangkan. Ternyata ia memang bukan rahsia lagi :)
Memang rutin beliau ambil Vitamin C, Vivix, Collagen Powder, Bcomplex dan sesekali ambil Vitamin E.
TIPS : Puan Sarah sarankan ambil 1biji Vitamin C setiap 5 jam untuk memastikan bekalan Vitamin C sentiasa ada dalam badan.
Vitamin C adalah antara vitamin yang paling senang musnah, jadi bekalan berterusan begini amat penting untuk memastikan tubuh kita mendapat bekalan secukupnya setiap hari.Jika tak mahu buat, tidak apa. Tapi jangan merungut kalau kulit anda tidak secantik kulit Puan Sarah.
Pepatah ada mengatakan, jika mahu berjaya, kena ikut cara orang berjaya.
Maka jika anda mahu kulit cantik, ikutlah cara orang yang kulitnya cantik :)
3 RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI TANPA MAKE UP
BERITA BAIK :
Pihak Shaklee Products (M) memang serius mahu membantu anda dapat kulit yang cantik. Begitu juga kami di Kedai TripleS, serius mahu anda tampil yakin apabila berada di kalangan kawan-kawan dan rakan sekerja.
Dengan itu, promosi 3 killer product ini memang khas untuk anda.
Beli 6 botol Vitamin C, PERCUMA 1 botol, anda jimat RM92+pssttt : Anda klik sahaja pada nama vitamin yang saya highlight tu kalau nak tahu info lanjut tentang setiap satu vitamin untuk kecantikan.
Beli 6 botol Vitamin E, PERCUMA 1 botol, anda jimat RM149+
Beli 3 kotak Collagen Powder, PERCUMA 1 kotak, anda jimat RM298
Saya pasti Puan Sarah dah borong setiap satu set promosi ini, anda juga patut lakukan yang sama.
Kalau kita baca balik tulisan saya di atas, Puan Sarah memang ada mention beliau ambil 3 produk ini.
3 RAHSIA kulit cantik berseri tanpa make up. Dan memang Puan Sarah telah membuktikannya.
Saya juga sedang dalam usaha nak dapatkan semula kulit saya yang sihat setelah kena sunburn berjemur di Legoland Waterpark minggu lepas.
Saya ambil Vitamin C ikut tips Puan Sarah, ambil Vitamin E setiap malam dan jadikannya masker bila ada waktu senggang, Collagen Powder saya campurkan dengan ESP setiap pagi. Harap-harap segeralah pergi sunburn ini :)
Opsss! sebelum saya akhiri sharing saya tentang kulit cantik ni, saya mahu kongsi juga video dari sorang pengguna. Bagaimana pencarian beliau selama 7tahun untuk mendapatkan kulit yang yang bebas jerawat berjaya. Alhamdulillah, beliau ditemukan dengan set yang saya tengah ceritakan ini.
Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat
Okey, itu sahaja yang saya nak kongsikan melalui entry ini. Saya doakan anda yang sedang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, masalah jeragat dan apa juga isu tentang kulit wajah, terbuka hati untuk mencuba Set Kecantikan ini.
Kata kunci istiqomah dan konsisten pasti membawa kejayaan dan rahsia Puan Sarah bukan rahsia lagi.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Sudah Sedia Nak Hamil Lagi, Apa Persediaan Perlu Dibuat?
Suami fikirkan nak ramai zuriat supaya meriah ahli keluarga di hari tua. Rindu bau baby sebab anak yang kecil dah nak masuk darjah satu.
Si isteri pula fikir, aku yang kena tanggung semua ini. Mengandung, sakit pinggang, morning sickness, sakit pinggang, dan macam-macam lagi lah. Mungkin ini lah konflik yang berlaku pada pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga.
Apepun, semoga kata sepakat dicapai dan keputusan dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Pihak suami pun kena mainkan peranan besar apabila isterinya diarahkan mengandung lagi. Bukan tahu main order saja. Dah siap produknya, hanya isteri saja yang kena uruskan semua. Apatah lagi jika anda dah pun ada beberapa orang anak sebelum ini.
BILA DAH CAPAI KATA SEPAKAT, APA NAK BUAT?
Haa macam tu lah, jangan ambil masa lama-lama untuk argue tentang satu perkara. Jika pihak suami dan isteri dah bersedia nak timang cahaya mata lagi, mahu lelaki pulak tu, apa nak kena buat?
Apalagi, buat lah aktiviti 'tuuutt'.. eh?
Sebelum tu ada lagi perkara yang patut suami isteri kena ambil tahu. Jom tengok apa checklist sebelum hamil yang anda perlu buat. Persediaan sebelum hamil pun penting tau, bukan sekadar cari nama baby dan beli baju baru sahaja.
DIET YANG SEIMBANG
Pernah dengar kan, kita adalah apa yang kita makan. Sepatutnya kita memang perlu ambil makanan seimbang demi menjaga kesihatan tubuh sendiri, apatah lagi jika kita sudah merancang mahu hamil.
Kalau sebelum ini, kita sambil lewa atas alasan tiada masa, makan hanya untuk rasa kenyang. Tapi kini perlu mula berhati-hati dengan diet sendiri. Pastikan makanan yang masuk adalah makanan yang berkhasiat.
AMBIL ASID FOLIK LEBIH AWAL
Ramai yang salah, menganggap hanya ketika sudah hamil baru nak mula ambil asid folik. Walaupun asid folik bukanlah 'ubat kesuburan' dan bukan satu faktor anda berjaya hamil, namun pengambilan asid folik sangat penting sebagai persediaan tubuh wanita.
Ada beberapa kajian mendapati asid folik yang diambil oleh ibu hamil mampu mengurangkan kebarangkalian anak yang dilahirkan mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (sumbing), kecacatan jantung dan risiko lahir pra matang.
Jadi sebaiknya anda terus ambil suplemen asid folik ini sebaik sahaja mengetahui anda hamil, dan ambil 3bulan sebelum hamil jika anda memang merancang mahu hamil.
Seeloknya setiap wanita sentiasa ambil asid folik supaya tubuh terus bersedia untuk kehamilan yang tidak terancang pula.
Gambar di dalam poster adalah sumber asid folik bagi pengguna tegar produk Shaklee. Tablet bewarna kuning itu, namanya BComplex. BComplex lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh wanita.
KAWAL BERAT BADAN
Dapatkan berat badan ideal, kerana tubuh yang obes adakala menjadi punca sukar hamil. Bagi wanita yang berada dalam kategori obes, saya yakin memang doktor akan nasihatkan anda untuk turunkan berat dahulu.
Ini untuk kebaikan diri si ibu juga, kerana berat ketika hamil akan bertambah, takut tak larat nak bawa badan saja nanti selain daripada beberapa isu komplikasi ketika hamil yang lain.
Bagi wanita yang aktif bersukan atau aktiviti outdoor, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan sahaja. Kajian menunjukkan senaman berat boleh mempengaruhi kitaran haid dan mengganggu kesuburan.
KURANGKAN KAFEIN
Mungkin ada wanita yang sudah sebati hidupnya dengan kafein (penggemar kopi tegar agaknya), jadi adakah perlu berhenti minum kopi ketika hamil?
Susah juga tu, mahu menggigil tubuh tak dapat minum kopi, kan?
Menurut satu artikel di Babycentre.com, anda tak perlu berhenti terus tapi perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada kuantiti yang lebih kecil. Kajian mendapat kafein boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi yang bersaiz kecil.
Bayi yang dilahirkan kecil lebih berisiko mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan ketika proses pembesaran mereka.
Pengambilan kafein yang berlebihan juga mungkin menyebabkan keguguran.
Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih 200mg kafein setiap hari.
Sumber : BabyCentre.com
1 cawan besar kopi segera = 100mg 1 cawan kecil kopi segera = 75mg 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg 1 cawan kecil teh = 50g 1 tin minuman kola = 40mg 1 tin minuman tenaga = 80mg 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg
Ini hanya 4 persediaan umum, banyak lagi yang perlu anda dan pasangan ambilkira sebelum hamil lagi. Kalau rajin, boleh aturkan pertemuan berjumpa dengan Gynae kegemaran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hari kesuburan, tahap kesihatan rahim dan juga melakukan pap smear.
Kelahiran seorang bayi yang sihat boleh dirancang bermula dari awal lagi. Dapatkan kerjasama suami untuk mengalami dan menikmati kehamilan yang indah seterusnya melahirkan anak yang sihat dari segi jasmani dan rohani.
Bacaan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri DI SINI
Alami morning sickness? Tip berdepan morning sickness, baca sampai habis ya
Selamat menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga. Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi asbab dan jambatan ibu bapanya ke syurga. Mari kita baca dan aminkan doa ini.
'Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami..'
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Zumba Fitness Party Terbesar Untuk Masuk Malaysia Book Of Records
'Sayang nak rgister tak ni? Pergi lah, macam best je..'
Mungkin sebab dah lama dia tak nampak saya keluar joging, dia cadangkan pula saya pergi Zumba Fitness Party yang bakal berlangsung pada bulan Januari nanti.
Tempat : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh : 18 Januari 2015
Masa ketibaan : 6.30pagi
Masa bermula : 7.30pagi
Yuran Penyertaan : RM75
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Tanda Tubuh Banyak Toksin, Ini Cadangan Penyelesaiannya
- Selalu pening kepala
- Sembelit
- Badan cepat letih tanpa sebab
- Masalah jerawat
- Berat badan naik tiba-tiba
- Rasa penat dan susah nak bangun tidur
- Sistem imun rendah
SANGGUP KE BIARKAN TOKSIN BERMAHARAJALELA?
Paling menakutkan, ada laporan mengatakan toksin berlebihan dalam badan boleh jadi punca terjadinya kanser! Seram seram bunyi dia.. kan?
Ini kerana sistem perkumuhan inilah yang paling banyak terlibat dalam proses nyahtoksin semulajadi. Dan kebanyakan masalah toksin terkumpul adalah berpunca dari gaya pemakanan harian kita. Bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak juga antara punca kemasukan toksin dalam badan
- Senna leaf
- Bukthorn bark
- Licorice root
- Alfalfa leaf
- Fennel seed
- Anise seed
- Rhubard root
- Blue malva
- Culvers root.
Daun Senna |
Bagi saya kalau nak berkesan kadar 100%, lakukan ketiga-tiganya :)
Tapi yang paling mudah nak lakukan, tentulah dengan hanya menelan 3biji Herblax mengikut jadual yang sudah dinasihatkan. Dan juga jangan lupa ambil lebih 2liter air setiap hari.
Proses buang toksin memang memerlukan air yang banyak, supaya aliran darah dapat berjalan dengan lancar, sekaligus menjadikan proses buang toksin lancar sahaja.
Saya pun tengah cuba konsisten dengan setiap tips dekat atas tu. Nak kawal pemakanan yang paling mencabar. Hihi. Doakan saya berjaya, tubuh bersih wajah ceria ibadat sempurna Insya allah
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Koleksi Buku Baru : Rahsia Ajaib
Buku seterusnya dari koleksi tulisan Tuan Razzi Armansur. Buku sebelum ni bertajuk Jutawan MLM dah beberapa kali saya khatamkan.
Memang best sebab gaya penceritaan yang bersahaja macam baca novel. Tapi novel bukan sebarang novel sebab ianya penuh pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam kehidupan.
Buku Menjejak Rahsia Ajaib Untuk Berjaya ulangcetak khas untuk group Jutawan ini menceritakan kisah seorang lelaki yang dah 15tahun hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.
Hijrah beliau ke Kuala Lumpur yang kononnya lubuk harta ternyata cerita sahaja. Dek kerana tak tahan hidup begini beliau mula teringat pada rakan rakan nya yang dah lama hidup senang walaupun hanya tinggal dikampung.
Ini sinopsis je. Saya pun belum khatam lagi. Panggilan mesej mesej di Whatsap dari customer dan anak didik Shaklee lebih kuat untuk dilayan. Hehe.
Insya allah mesti habiskan juga nanti.
Rahsia Cermin Ajaib yang diajar dalam buku ni alhamdulillah memang ada dalam silibus pelajaran kami dalam bisnes Shaklee. Hanya yang betul betul apply akan nampak.kesannya dalam.hidup atau dalam bisnes mereka.
Saya suka baca buku ilmiah macamni.. ia memang dapat boost semangat saya untuk terus hidup dan berjuang dalam bisnes saya.
Anda bagaimana?
Buku apa yang terakhir anda baca sebelum anda baca entry ni. Jom.kongsi dengan saya!
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Elak Serangan Strok, Kolestrol Punca Utama Hingga Pak Ali Hilang Keupayaan Kekal
Isterinya lah yang bertungkus lumus mengambil alih tanggungjawab menjadi 'pengurus semua benda' setelah Pak Ali tak mampu nak keluar bekerja.
Dalam hati Pak Ali wujud kekesalan yang amat besar apabila terpaksa menyusahkan seluruh keluarganya kerana sikapnya sendiri yang tak suka menjaga makan.
Walaupun isterinya berkali-kali pesan, supaya tak makan makanan yang berkolestrol tinggi, sebagai salah satu cara elak strok, tapi Pak Ali memang degil. Dia belasah aja semua!
Gambar hiasan keadaan seorang mangsa serangan strok |
Sejak membuat 'health check up' di sebuah pusat kesihatan, Mak Mah, isteri Pak Ali memang risau bila bacaan kolestrol Pak Ali berada di paras bahaya.
Sejak itu Mak Mah ajar Pak Ali cara nak kira kalori makanan dan Mak Mah sangat berhati-hati dengan pemilihan makanan sebab nak elak serangan strok.
Tapi Pak Ali tak suka kira sebab baginya ia leceh. Nak makan pun nak kena kira, rungut hati Pak Ali.
kredit info : kalorimakanan.com |
KERANA DEGIL, PAK ALI TERIMA PADAHNYA
Breakfast harian Pak Ali setiap pagi, roti canai 2 keping, 2 biji telur separuh masak dan teh tarik gelas besar.
Makan tengahari di pejabat pula, Pak Ali suka makan lauk daging dan udang, makan banyak pula tu.
Minum petang Pak Ali suka makan kek tiramisu. Dan supper pun Pak Ali tak boleh tinggal, mesti nak makan fries atau burger dulu.
Tinggi betul selera Pak Ali.
Kini semuanya menjadi sejarah bila Mak Mah mula menghentikan semua kegemaran Pak Ali. Terpaksalah Mak Mah bertindak kejam demi memastikan tiada serangan strok kali kedua.
Dan Pak Ali pun dah sukar nak bercakap menyebabkan beliau tak boleh nak bagitau Mak Mah dia teringin nak makan burger.
KALAU LAH PAK ALI TAHU.
Kalaulah Pak Ali dah kenal Shaklee terlebih dahulu, mungkin kisah serangan strok ini dapat dielakkan. Kalaulah Mak Mah rajin baca Facebook atau rajin Google info dekat Internet, mesti Mak Mah dah jumpa dan belikan produk 'cholestrol blocker' ini untuk Pak Ali yang susah nak kawal makan.
PHYTOCOL ST BANTU MENGAWAL KADAR KOLESTROL MASUK DALAM TUBUH
Phytocol adalah produk terbaru yang diperkenalkan oleh pihak Shaklee untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk elak serangan strok.
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Sebab itu lah produk penghalang kolestrol ini di bawa masuk untuk menyelamatkan lebih ramai mangsa terkena serangan.
Phytocol St adalah formula proprieteri yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari.
Keistimewaan Shaklee
# Rumusan mantap dari beberapa jenis fitosterol
# Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
# Menepati 100% keperluan harian fitosterol uang disyirkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
# Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.
SOALAN LAZIM TENTANG PHYOTOCOL ST.
1) Apakah itu Phytocol ST Shaklee?Ia adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari
2) Apa itu fitosterol?Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dala membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemu dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
3) Bagaimana tablet ini dapat membantu kesihatan saya?Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol, bersama sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan menurunkan berat badan.
4) Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol ST?Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan : 2 tablet 2 kali sehari dengan makanan
5) Bolehkan saya mengambil Phytocol ST dengan Omega Guard pada masa yang sama?YA. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoqHealth yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol ST.
6) Adakah produk ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi sahaja?Phytocol ST dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh itu ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.
7) Adakah Phytocol ST bebas gluten?YA.-----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa nak buat, nasi dah jadi bubur.
Sekarang Mak Mah dah order Omega, Lecithin dan Garlic Complex untuk memastikan tahap kolestrol Pak Ali dapat diturunkan lagi.
Dan Mak Mah sedang berkira-kira nak belikan Vivix pula untuk Pak Ali sebab beliau dah banyak membaca dengan izin Allah, ramai pesakit strok yang semakin sihat selepas mengamalkan Vivix.
Mak Mah order juga PhytocolSt untuk dirinya sendiri. Kalau Mak Mah pun sakit, siapa pula nak jaga Pak Ali yang dah tak mampu nak uruskan diri sendiri tu.
Nasib baik juga lah anak-anak mereka memang komited bekalkan supply vitamin Shaklee untuk ibu bapa mereka.
Kita doakan kesihatan Pak Ali semakin improve dan beliau dapat menikmati usia akhir dengan amal ibadat. Insya Allah.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.
Panduan MANTOP Bisnes Online Dari Rumah Sampai Boleh Bagi Duit Poket Dekat Suami
BAGAIMANA MEMILIH BISNES ONLINE YANG BETUL?
Tak kurang juga, mereka mengganggap kalau nak bisnes kena ada pandai 'menggoreng' ayat untuk tarik customer. Betul ke? Macam macam lah persepsi sebelum nak mulakan bisnes dan ini merupakan 'fear' terbesar, sama je macam saya ketika mula-mula nak bisnes dulu.
Mindset diatas semuanya salah! Anda mampu membuat bisnes online yang;
- Tak perlukan kedai - of course sebab namanya pun bisnes online dari rumah
- Tak perlu modal besar dan tak perlu meminjam dengan bank - contohnya bisnes Shaklee (RM75 sahaja nak mendaftar perniagaan)
- Tak perlu keluarkan produk sendiri
- Bisnes makanan kesihatan ; memang mendapat tempat dihati ramai rakyat Malaysia kerana sememangnya ramai orang sakit tapi kelihatan sihat. Bermula seawal umur bayi sehinggalah ke umur senja, setiap individu pasti ada masalah kesihatan yang perlu diselesaikan
Yang kurus jangan ingat tak ada kolestrol tinggi, yang tegap jangan sangka tak ada masalah sakit pinggang, dan yang nampak ayu jangan sangka tiada masalah keputihan. - Produk kewanitaan ; produk kecantikan kulit wajah, produk pelangsingan, produk pakaian dan sebagainya. Memang dengan fitrah wanita yang memang suka nampak cantik dan nampak kurus ditambah lagi dengan kuasa membeli yang hebat di tangan wanita menyebabkan industri ini mendapat sambutan hangat.
- Produk yang membantu masalah suami isteri : Kata kunci tahan lama, abang power, abang sado untuk lelaki, dan ketat, rapat, anjal untuk perempuan memang dapat sambutan hebat. Saya percaya sebab saya memang dah jumpa dengan peniaga lelaki yang berpendapatan ratusan ribu sebulan hanya dengan menjual produk penjagaan dalaman wanita. Amacam?
Tonton video ni, surirumah ini dah berjaya buktikan bisnes yang dilakukan dirumah mampu membuat suaminya tersenyum lebar setiap hari.
Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
RANCANG BISNES AGAR MAMPU JADI SUMBER INCOME TERBESAR KELUARGA
Alhamdulillah, kini anda dah jumpa bisnes yang serasi di jiwa. Pastikan anda lakukannya sepenuh jiwa ya. Kalau boleh biar lah ada mentor, jangan buat bisnes main terjah saja sebab pasti akan ambil masa yang panjang untuk capai kejayaan. Kerja berjemaah kan lebih mudah.
Adakan jadual dan perancangan teliti bila anda akan membuat kerja-kerja online.
Sudah ada perancangan, lakukanlah plan anda mengikut langkah-langkah tersusun sebaiknya. Jangan mudah mengalah kalau plan anda terkandas di tengah jalan.
Pastikan anda ada supplier yang komited dan stok barang jualan anda mudah didapati. Takutnya nanti supply tak mampu memenuhi demand.
Pastikan juga anda ada push factor yang kuat ketika mula melakukan bisnes agar anda tidak mudah kecundang dipertengahan perjalanan bisnes anda. Anda kena tahu, memang ada banyak ujian dan cabaran ketika kita mula berniat nak buat bisnes. Di sinilah anda perlu apply strategi katak pekak.
Kalau tak tahu apa dia kata pekak, tak apa. Nanti hubungi saya 013 3583424 untuk saya explain lagi.
ISTERI TETAP ISTERI, IBU TETAP IBU.
Bisnes dari rumah tidak memerlukan kita mengadap laptop atau telefon selama 24jam 7hari seminggu. Kalau bisnes anda memaksa anda jadi macam ni, maka mungkin anda patut consider untuk menukar bisnes lain.
Sebagai seorang surirumah, pastikan niat asal kita seiring dengan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri. Jangan sampai rumah bersepah tak berkemas, suami balik kerja hidangan makan malam belum disediakan, dan anak-anak pula menangis-nangis mintak perhatian.
Sebab itulah, seorang surirumah yang mahu buat bisnes online kena ada jadual harian yang terancang dan tersusun rapi. Anak-anak happy, suami pun happy, kita apatah lagi sebab semuanya ada di depan mata kita sambil duit berduyun duyun masuk ke akaun kita.
SEMOGA ANDA JUMPA BISNES IDAMAN
Kalau masih belum ada idea, saya berbesar hati menjemput anda untuk hubungi talian tertera untuk mengetahui peluang bisnes yang telah pun berjaya mengubah hidup ramai wanita yang dulunya biasa-biasa sahaja, kini telah berubah 360 darjah dengan bisnes online yang diceburinya.
Seronok sebab seorang surirumah juga mampu menjana pendapatan untuk keluarga malah mampu menyumbang untuk masyarakat. Bukan sekadar terima tohmahan orang ' duduk rumah perabis duit laki'.
Untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui kontek info kat bawah tu.