Warna warni dan manisnya bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, selesai sudah closing April 2013 petang tadi.
Setiap kali hujung bulan memang excited nk datang Shaklee HQ untuk closing. Pakai pakaian ala-ala nak pergi opis and there u are. Dekat Shaklee main tekan-tekan kalkulator. Sesempoi itu ke? Hhehehe. Kalau dulu waktu saya masih berkerja, setiap hujung bulan mesti amek half day leave utk berclosing.

Pada pandangan peribadi saya sendiri, memang menarik bila bekerja dan berbisnes begini. Setiap bulan ada target, ada acara mengejar sale dan target dan ada closing date. Warnanya memang meriah, dihiasi tawa dan tangis. Dan segala penat lelah berbayar pada 15hb setiap bulan. Kami gelar 'hari raya'..maklumla hari dapat gaji.

Indahnya bisnes Shaklee online ni, kami tak perlu pun bersusah payah keluar untuk attend kelas diwaktu malam. Tak perlu juga keluar mencari prospek sama ada untuk beli produk atau untuk cari downline. Segalanya hanya dihujung jari. Surirumah ada anak 5 pun boleh berjaya dengan bisnes ni.

Bermula pada tahun pertama dengan income 3 angka sahaja. Masuk tahun kedua, berganjak menikmati income 4 angka dan kini memasuki tahun ketiga bertambah lagi satu angka. Bukan tu sahaja, tahun kedua melayakkan saya untuk rasa benefit lain iaitu Car Bonus Incentive. Bermula dengan RM1.3k untuk car bonus sahaja dan angka ini bertambah setiap bulan. Juga kelayakan untuk bersama-sama pergi ke trip 5bintang anjuran Shaklee.  Dan yang terbaru, kelayakan untuk naik pentas menerima award di majlis National Conference yang bakal berlangsung pada bulan Jun ini


Kejayaan ini tak datang sekelip mata. Saya melalui fasa merangkak, berdiri dan berlari.
Tiada kejayaan yang semudah memetik jari, kan?

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya dalam cabang perniagaan MLM yang bernama Shaklee.  Sikit pon saya tak pernah kesal dengan keputusan memodalkan RM650 untuk kemanisan yang saya rasakan sekarang. Ohh ini hanya salah satu option untuk mereka yang berminat nak jana pendapatan sampingan dengan Shaklee. Kalau anda tak mahu keluarkan RM650 pon tak apa. Paling minimum, pendaftaran sebanyak RM75, tanpa modal..anda masih juga boleh bersama-sama kami untuk berjuang mencari 'freedom' pilihan anda.

Jom sertai saya.. :)
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



TIPS KURUS : 5 TIPS SEMPOI KAWAL NAFSU MAKAN

Sejak berhenti menyusukan anak secara exclusive, mungkin ramai ibu yang mula rasakan berat badan mereka mula naik. Mula rasa yang mereka asyik nak mengunyah aje. Dulu waktu sedang menyusukan anak, mungkin ini juga yang berlaku, tetapi penyusuan sangat membantu membakar kalori si ibu. Apa tak nya, setiap kali breastfeed, dikatakan 500kalori dibakar. Sebab itulah ramai ibu breastfeed yang tak mengalami masalah berat badan yang kritikal :)

Dan kini, sesi 'pembakaran' kalori dah tidak berlaku secara aktif lagi. Owh macam mana ni! Inilah masa terbaik dan tepat untuk para ibu kembali menjaga badan, tak kiralah berdiet dengan suplemen atau tanpa suplemen,

Saya tentulah memilih berdiet dengan suplemen Shaklee. Jom saya kongsikan beberapa tips yang saya amalkan supaya tak jadi wanita OBES.

Saya memilih untuk mengamalkan Omega Guard sebagai pemecah lemak, Afalfa sebagai fiber, Herblax untuk saya detoks usus dan Cinch Shake sebagai minuman tinggi protein disamping dijadikan meal replacement saya. Amalan secara konsisten ini, bukan sahaja membuatkan berat badan saya ideal, malah ia turut menyumbang pada taraf kesihatan saya yang lebih baik. Kerana manfaatnya bukan sekadar fokus pada pelangsingan tapi lebih kepada kesihatan menyeluruh.

Owh tak lupa, saya turut mengamalkan 5 TIPS SEMPOI KAWAL NAFSU MAKAN dibawah:


Minum air mineral
Minum air mineral dalam 5-8 gelas atau 2liter sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan anda meningkat secara mendadak. Air mineral tiada kalori, jadi minum dengan banyak pun tidak akan menaikkan berat badan anda!

Makan dalam kuantiti yang kecil
Bahagikan portion manakan anda dalam jumlah yg kecil untuk beberapa waktu makan. Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan dan mengawal nafsu untuk makan.

Jangan lewatkan waktu makan
Tepati waktu makan anda. Jika kita makan terlalu lewat, ia akan menyebabkan kita berasa sangat lapar dan membuatkan kita mahu makan dengan lebih banyak.

Lebihkan serat dalam menu makan anda
Serat akan membuatkan anda berasa kenyang dan secara tidak langsung akan mengurangkan selera anda untuk makan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda. Pilih kudapan berupa biskut atau minuman oat.

Makan secara perlahan
Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini ternyata berkesan tetapi anda mungkin anda makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek.

Owh ye, tak lupa..salah satu suplemen yang memang berjaya membuat saya berjaya mengawal nafsu makan adalah Cinch Tea Mix. Nak cuba? Hubungi saya ye

Cinch Tea Mix
Add caption


------------------------------------------------------------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.


Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

Musim demam yang singkat dengan Nutriferon dan vitamin lain.

Anak demam? 
Saya mengerti perasaan setiap ibu yang tentunya risau bila anak tak sihat. Risaunyalah bila anak demam, rasa nk mohon pada Allah agar pindahkan aje sakit anak pada ibu. Betulkan? Begitulah naluri seorang ibu. Anak paling utama daripada diri sendiri. 

Anak tak sihat, tapi kerja ibu berlambak kat opis. Anak tak sihat, tp ibu tak ada cuti. Tentunya ada ibu yang tegar ambil unpaid leave atau terpaksa angkut anak yang sakit ke pejabat demi nak pastikan keadaan mereka benar-benar dalam kawalan ibu, kan? 

Jom kita baca kisah Puan Shayida Salmi (Cda) tentang episod demam keluarga mereka.
"MUSIM DEMAM" Di rumah kami telahpun berlalu dan semuanya kembali seperti biasa. "Musim demam" kali ni paling pendek. kalau selalu ambil masa 2 minggu baru semuanya baik, dari anas, auni n babah.

Anas, selalu dia akan selsema-->Demam-->Batuk---> ear infection semua ni ambil masa 2-3 minggu baru betul2 baik.itupun selepas pengambilan ANTIbiotik. kesian......selama dia demam memang tak dapat elak daripada ANTIBIOTIK yang cda tau ianya tak bagus untuk jangkamasa panjang.


kebetulan bulan ni promo Nutriferon, jadi cda berilah anas 1/3 peket nutriferon untuk 5 hari...(sepanjag demam) + Vitamin c+Mealshakes. dan dalam masa yang sama beri anas air putih yang cukup.


cukup seminggu..BAIK DARI SELSEMA, TIADA BATUK, TIADA DEMAM & YANG PENTING TIADA EYE INFECTION. macam ajaib kan? tapi inilah kenyataan selepas cda beri supplement untuk anak cda.
Dan sedikit sharing dari Puan Cda tentang cara penjagaan terhadap anak-anaknya sepanjang musim demam.
Cda seronok kalau dapat kongsikan apa yang cda buat sepanjang "musim Demam" tu. mudahan bermanfaat :)

1- jangan beri minuman sejuk
2- beri Vitamin C setiap hari
3- beri Nutriferon<--- yang ni cda percaya..sangat berkesan untuk meningkatkan immune bada. jadi anas kalini tak perlu Antibiotik lagi
3- sapukan Minyak bawang putih setiap malam<--tujuannya memberi rasa hangat n mencairkan kahak.
4- pastikan pengambilan air yang cukup
5- jangan keluar malam<--- kalau nak keluar pun, tunngu sihat!
6- selalu buatkan sup...
7- campurkan Mealshakes dalam minuman


Immune Booster Shaklee
Nutriferon stick

Nutriferon penggalak sistem imun tubuh :

Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Mealshake dan Chewable Vitamin C juga merupakan vitamin yang sangat sesuai untuk membantu tubuh anak-anak kita kekal sihat dan cergas.

Dan asas penjagaan kesihatan berkaitan pemakanan, faktor cuaca sekeliling dan pencemaran lain juga perlu dititikberatkan semasa anak sedang sakit atau demam.

Alhamdulillah, anak-anak saya kini juga jarang demam sejak konsisten mengambil Mealshake, Omega Guard dan Vitamin C. Hati ibu mana yang tak senang kalau anak sihat, cergas dan aktif bermain.

Hubungi saya untuk konsultasi lanjut tentang Nutriferon dan order ye :)


------------------------------------------------------------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.


Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bahaya air minuman (selain dari susu ibu) kepada bayi

Entry orang rajin. Saya menaip semula dari brosur yang diterima di Hospital Sungai Buloh masa check out hari tu.



air masak untuk bayi
kredit pic : http://mykidz.my

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya.

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun-temurun dimerata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :

    Merencatkan tumbesaran.


Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

    Merencatkan akal


Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan 'Kernicterus; iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

    Mengancam nyawa


Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan, Pencemaran boleh berkalu dipelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yg tidak selamat ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

    Mengakibatkan sawan tarik


Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam didalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil oral water intoxication.

SEBENARNYA SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI UNTUK BAYI TANPA PERLU DITAMBAH AIR ATAU CECAIR LAIN KERANA SUSU IBU MENGANDUNGI 88% AIR.

OLEH ITU JIKA ANDA FIKIRKAN BAYI ANDA HAUS, PANAS ATAU SEMBELIT..BERI BAYI ANDA SUSU IBU SEKERAPNYA.

psstt : Jika anda mendapati ada kesan berwarna putih pada lidah bayi anda, hanya lapkan dengan kain lembut yang basah utk membersihkannya. Tidak perlu beri air masak utk menghilangkan kesan putih tersebut.

Kredit : blog Mommalydzar

KUPASAN ISU HALAL SHAKLEE DARI ABD RAHMAN BACO

KUPASAN STATUS HALAL BAGI VITAMIN SHAKLEE OLEH PENULIS BUKU HALAL "Halalkah Ubat Anda?".

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku "Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk "Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik". Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal  termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com

P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee. Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

HB Rendah Ketika Hamil Bawa Maut

Baru je saya bersembang-sembang dengan rakan-rakan Shaklee tentang kehamilan. Salah seorang dari mereka beritahu, sahabatnya baru sahaja pergi mengadap Ilahi kerana komplikasi HB rendah selepas seminggu melahirkan anaknya. Berlaku tumpah darah yang mengakibatkan maut kepada arwah. Innalillahi wainnallillahi roji'un. DaripadaNya kita datang, dan kepadNya lah kita kembali.

HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berkaitrapat dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.


Low HB during pregnancy


Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.
Artikel : Berita Harian

GEJALA HB RENDAH PADA IBU HAMIL

~Pucat
~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
~Sentiasa rasa pening
~Rasa pitam bila bangun
~Kebas kaki dan tangan
~Degupan jantung cepat

Jadi para ibu hamil perlu ambiltahu jika anda mengalami simptom ini. Jangan anggap ianya hanya keletihan biasa akibat perubahan hormon. Berjumpa dan berbincanglah dengan Doktor anda.

Ini kerana masalah HB rendah atau anemia bakal merisikokan anda dan bayi anda sendiri.

RISIKO HB RENDAH KETIKA HAMIL
  • Keguguran
  • Masa untuk melahirkan lebih lama
  • Perdarahan selepas melahirkan
  • Kelahiran pra-matang
  • Bayi lahir dengan berat rendah
  • Risiko kecacatan bayi
Justeru itu, ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah atau anemia perlu mengambil langkah pengawalan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk masalah anemia. Dan Doktor biasanya akan mengesyorkan pengambilan suplemen pil zat besi tambahan bagi merawat anemia.

Cuba elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi tetapi perbanyakkanlah makanan yang membantu menaikkan jumlah darah merah dalam tubuh. Terdapat pelbagai jenis makanan sebagai cara untuk menaikkan bacaan HB yang rendah.

Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
 
Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
TIPS BERGUNA:

  • -Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi. 
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren.
  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi.
  • Elakkan pengambilan kafein.

High iron food

Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

Vitamin ini boleh didapati dari Set Ibu Hamil di K3S. Jemput baca tentang Set Ibu Hamil disini. 


So ibu-ibu sekalian, jagalah dan perhatikan tubuh badan anda ketika anda berada didalam fasa hamil ini ye.


---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Diet Selulit : Makan untuk elak selulit

Cuba check, adakah anda juga mempunyai ini? Inilah yang dinamakan selulit. 
Apakah itu selulit? Selulit adalah permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren. Tak berapa cantik dipandang dan selulit adalah salah satu benda yang paling dibenci oleh kaum wanita. Setuju?


Jadi jika anda mempunya masalah selulit, mungkin anda boleh cuba tips-tips ini.

Tips makanan yang boleh membantu anda melawan selulit: -

• Minum sekurang-kurangnya 2liter air (sebaik-baiknya dengan lemon) setiap hari. Lebih baik jika anda boleh minum secawan air panas dengan limau dengan perut kosong pada waktu pagi. Ia adalah penyahtoksik yang hebat.

• Cuba untuk mengelakkan produk tepung; ini termasuk roti, pasta, produk pastri putih dan beras. Jenis-jenis produk yang akan meningkatkan jumlah gula di dalam darah,
yang membawa kepada pembentukan lemak.

• Elakkan gula-gula, soda dan alkohol. Alkohol merupakan faktor yang menghalang hati (kilang detoksifikasi badan) untuk menjalankan tugasnya.

• Elakkan kentang lecek atau kentang goreng, sebaiknya pilih ulam sayur-sayuran atau salad.

• Cuba elakkan makan selepas 6:00 petang dan jika perlu juga, pilihlah buah-buahan sahaja.

• Pilih salah satu waktu makan anda setiap hari, cuba untuk makan hanya buah-buahan sahaja. Mungkin anda boleh pilih waktu makan malam.

• Kurangkan kafein daripada diet anda.

• Pastikan diet anda mengandungi serat, dalam kuantiti yang mencukupi.

• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Cuba untuk makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Bukan sahaja ia mengandungi nutrien yang sihat, ia juga bertindak sebagai agen antioksida.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasanya kaya dengan bahan-bahan ini adalah: beri biru dan beri hitam, ceri, mangga, oren, strawberi dan raspberi, kranberi, anggur, epal, bayam, tomato, lada, lobak merah.

• Ambil sarapan yang konsisten, elakkan gula-gula di waktu makan tengah hari dan makan protein yang berkualiti, terutama dari sumber soya, tenusu, ikan dan ayam.

• Cuba minum jus bit merah. Ianya bermanfaat kerana ia membantu hati untuk mengeluarkan lemak yang disimpan di dalam badan.

• Makan salad saderi. Saderi melawan pengekalan air. Mereka yang mengalami masalah selulit mendakwa ia benar-benar membantu untuk melawan selulit.

• Elakkan makan kerepek dan kacang tanah.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Bisnes Shaklee: SUSAH ke SENANG?

Alhamdulillah, memang ramai yang berminat dengan tawaran 'JAWATAN KOSONG' ini.
Siapa tak teruja kalau setiap tengah bulan, ramai Shaklee Independent Distributor (SID) post status-status happy sebab bonus masuk. Gaji dua kali lah bagi mereka yang masih bekerja dan buat bisnes Shaklee as part time. Dikala orang makan gaji yang lain hampir 'kekeringan', para SID pula gembira kerana takkan pernah putus bekalan kewangan.

Peluang Bisnes Shaklee dengan Kedai Triple S

Sambil-sambil PM saya, soalan kt atas tu memang antara soalan GLAMOR sekali.
Susah ke senang buat bisnes Shaklee ni?

Jawapan saya, Insya Allah senang je, kalau kita benar-benar tahu apa tujuan kita nak mula join bisnes ni. Dan tentulah susah kalau kita asyik fikir tentang betapa susahnya nk jual vitamin Shaklee. Maklumlah SID dah terlalu ramai. Mesti ada yang ragu, nak jual kt siapa lagi kalau semua orang dh pun menjual dan jadi SID.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Agung. Dia adil dan saksama dengan memberikan rezeki pada setiap hambaNya. Umpama nelayan dilaut tu lah kan. Ikan di laut takkan pernah habis walaupun ada ribuan malahan jutaan nelayan yang sedang menangkap ikan dilaut yang sama. Rezeki tetap ada. Hanya nelayan itu sahaja lah yang menentukan sekuat mana semangat dia nak mengharung badai dan ombak. Tetap menjala walaupun dilambung ombak. Nak balik dengan tangkapan ikan yang banyak, atau balik dengan tangan yang kosong.



Dan inilah realiti SUKSES.
Ia tak semudah apa yang ramai orang fikirkan. Jalan mudah, lurus dan senang ditempuh.
Ia sebenarnya penuh liku dan ranjau, memerlukan hati yang cekal dan kental. Sebab tu lah, jika anda nak berjaya dalam bisnes Shaklee, ciri-ciri kat atas tu kena ada;
  • Full of passion
  • Proactive
  • Challenger
Kalau tak tahu bagaimana nak mula, tak apa kerana kelas dan coaching kami beroperasi setiap hari 24/7 secara maya. Anda akan di add masuk ke group khas untuk bisnes hanya bermodalkan RM75 sahaja. Pelbagai tips dan tunjuk ajar bakal anda dapat dari sana. Bukan sekadar untuk berjaya di dunia, malah kita jadikan dunia untuk jad lebih beruntung di akhirat. Insya allah, saya akan bantu anda mula. Asalkan 3 perkaran yang diatas ni benar-benar datang dari dalam hati anda.

Rujuk disini bagaimana nak jadi ahli. BE A MEMBER.

Dah ramai pun yang merasa bonus 2-3-4-5 angka dari Shaklee. Dah ramai pon yang dapat Car Incentive dan mampu beli kereta baru, termasuklah saya :) Dan coming soon, anda akan dapat baca/lihat cerita tentang kegembiraan semua SID yang layak mengikuti program jalan-jalan makan angin. Dan Shaklee hanya bagi 5 Star Trip sahaja untuk mereka yang layak. Bukan percutian bajet ye :)

So jom kita mulakan :)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Suplemen Untuk Ibu Bekerja

Oppss..pendapat saya, suplemen bukan hanya untuk ibu bekerja, malah kaum lelaki dan kaum ibu yang tinggal dirumah juga perlu ambil suplemen.

Umum beranggapan, ambil suplemen hanya jika dah ada penyakit. Nah, inilah dia salah tanggapan kita tentang suplemen dan ubat. Kalau dah ada penyakit, kena ambil ubatlah untuk merawatnya. Suplemen lebih berfungsi untuk pencegahan. Elak sebelum terkena, kan lebih baik begitu?

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen, mereka boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersenam. Itu salah ye! Iye, suplemen boleh membantu, tapi yang paling utama anda perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.

Kenapa topik suplemen untuk ibu berkerja saya upkan kali ini?
Lumrah bagi kebanyakan ibu bekerja, mereka terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar. Suplemen memberikan khasiat yang kita tidak dapat dari pemakanan seharian kita.

Secara minimum bagi seseorang yang mahu memulakan program pemakanan tambahan harus terdiri daripada multivitamin/mineral dan protein. Dan cadangan terbaik dari Kedai Triple S ialah Set Total Wellness.

ESP, Vitalea, Vitamin C dan BComplex


Baca lanjut tentang manfaat setiap produk dalam set ini di Set Shaklee : Family Total Wellness Program

Walaubagaimanapun, ingat ya..suplemen tidak menggantikan makanan. Untuk kenyang kita kena lah makan, tapi untuk melengkapkan nutrisi kita perlu ambil suplemen.

Sebelum entry ini tamat, jom baca dulu perkongsian dari salah seorang customer:
Seorang ibu bekerja dengan 4 orang anak, kerja yang busy dan tanggungjawab yang agak berat di pejabat, tp beliau bersemangat sangat sempat juga  memasak untuk keluarga.

Slm sume....sye ade bykkkkk nk share...sye mula consume vit2 shaklee nih since jan '12..time tu sye preggy 7mths..sye amik vit lea,vit c n b co sjer...b4 tu..hb asyik below n border line ajer...lepas amik vit lea tu...zupppp naik trs hb 13.5...nah amik kau..stable sampai nk deliver....1 week b4 EDD..sye topup plak..oste 4bj b4 tdo...Alhamdulillah..cergas jer..overdue plak...1/4/12...in labour pain...Alhamdulillah..dgn izin ALLAH...selamat deliver..pas tu sye proceed plak dgn confinement set n bf set..Alhamdulillah...syykur..mmg bestlah ...nice combination set...still consume until now ...d topup plak dgn vit e..gla...lecithin..esp..mealshakes..mmg baguslah.kaw2...now sye dh stat keje balik....bkn nk bangga diri..ramai yg tgor..sye amik collagen ker..??ahakss...tersipu2 plak..Alhamdulillah...dgn izinNYA...xder lah..sye hanya amik vit2 shaklee nih.then sye nk share jgk...sye nih mama kpd 4 org anak...tinggal plak dlm nuclear family jer..x de maid...xde helper...tp..byk kengkwn yg hairan tgok..sye nampak cergas jer...w/p mmg sedia maklum tugas2 sbg ibu.bgn pg seawal 4 pg..buat bekal utk anak2 ke sekolah...hntr plak anak2 ke sekolah n nursery..abis keje amik anak2 jam 5 ptg..sampai umah dh jam 530ptg...dekat jer...prepare plak dinner..sambil2 tu masok2 pakaian kotor dlm mesin basuh...belek2 keje umah anak2...bg mkn suami n anak2...jam 7mlm plak..hntar anak2 pg kelas iqra'...tuition ...lyn en hubby lg....lipat kain baju lg...ni bkn nk merungut...tp nk maklumkn...w/p..busy dr 4 pg Hgga 11pm almost done...x cmpur lg...bangkit mlm2...bancuh susu...bangkit teman anak g toilet...teman anak nak minum air kosong...tu bg yg pre school..bg yg no3 n no 4 plak...bangkit tkr pampers....bf yg no4 tu lg....bangkit utk kewajipan....ehemmmm...18sx...lg...normal la kn???...
Mmg...tugas2 c ibu nih...24 hours..7 days...time keje plak...skop lain2 bg seseorg...tp bg sye..bekerja sbg radiographer...bediri lm shgg 5 hours...mmg biasa bg sye...dh tu..terdedah plak dgn radiation esp bla keje kat dewan bdh n fluroscopy....dgn memakai bj plumbum almost beratnya capai 7-10kg....lenguh kan????....hahaha...bawak imaging kaset lg...berat 1-5kg...tarik tolak mesin.....angkat patient plak....mmg kene guna kudrat tenaga byk....ni yg best sgt...lepas sye consume vit2 n supplement shaklee nih....dulunye berubah...cepat letih kpd lbh cergas n move sn sni.bertenaga..selalu menguap???...tdak lg....sesapa yg x try lg ...jom try...InsyALLAH..dgn izinNYA....aku dah....ko dah ker???

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 

Lydzar Rusman,  
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Mengapa Vitamin Pre-Natal Penting Untuk Anda dan Bayi?



Jika anda sedang berusaha untuk hamil, salah satu perkara pertama yang doktor anda akan cadangkan ialah tentang pengambilan vitamin pre-natal. Walaupun mungkin anda mengambil makanan dari sumber-sumber yang sihat,  banyak kandungan vitamin dalam makanan kita telah berkurangan dek pelbagai faktor. Dan banyak makanan tidak lagi mengandungi vitamin dan mineral yang perlukan untuk memastikan kita sihat dan membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan.

Walaupun mengambil multivitamin setiap hari adalah lebih baik daripada tiada apa-apa, ia tidak mengandungi cukup nilai nutrien tertentu yang penting untuk perkembangan bayi anda. Biasanya multivitamin mengandungi vitamin dan mineral dalam jumlah paling minimum, sedangkan wanita yang mengandung memerlukan lebih dari itu.  Itulah sebabnya vitamin prenatal  disyorkan.

Antara nutrien yang dicadangkan diambil sepanjang kehamilan adalah:


Asid Folik
- Asid folik adalah salah satu komponen dalam vitamin B. Ia secara semula jadi membantu tiub saraf bayi anda berkembang dengan baik, akhirnya menjadi otak dan saraf tunjang. Asid folik boleh mencegah kecacatan tiub saraf yang serius, tetapi ia hanya berfungsi jika diambil sebelum hamil dan dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan.

Vitamin B – Vitamin B sangat penting dalam pembentukan dan pembangunan tisu.

Kalsium - Kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat pada bayi anda. Kalsium juga sangat bermanfaat kepada anda supaya tulang kekal kukuh. Ia juga membantu dalam mencegah kejang kaki, sakit belakang, sakit pinggang dan masalah keletihan ketika mengandung.

Zat Besi - Anemia, satu keadaan di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup sihat. Masalah ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil. Ianya boleh dicegah melalui pengambilan zat besi tambahan.

DHA (asid lemak Omega-3) - DHA telah terbukti sangat membantu semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Asid lemak Omega-3 inimembantu dalam pembangunan mata bayi, saraf dan otaknya.

Jadi, vitamin-vitamin ini perlu diambil seawal anda dan pasangan membuat keputusan untuk memperolehi zuriat. Semua wanita diperingkat usia ideal untuk hamil (18tahun-35tahun) sangat disarankan untuk memastikan mereka mendapat cukup amaun Asid Folic.
Jika anda memang merancang untuk hamil, anda perlu mula mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

Ambil vitamin secara tetap dan konsisten seawal bulan pertama anda tiada haid, sepanjang kehamilan dan seterusnya sepanjang tempoh penyusuan.

-----------------------------------------------------------------
Set Lengkap Ibu Hamil dari Kedai Triple S, yang mencakupi semua keperluan seperti diatas.


Ringkas tentang khasiat dan manfaat setiap vitamin dalam Set Lengkap Ibu Hamil ini.

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil? 
Semua vitamin ini terdapat dalam Set Ibu Hamil di K3S. Secara asasnya fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

ESP (Protein)
: untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.

Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil ini dari Kedai TripleS beserta dengan panduan makan vitamin percuma. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head